Wednesday 2 May 2012

Free Education Anyone?

Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Selawat dan salam ke atas junjungan besar, Nabi Muhammad SAW.






Sejak kebelakangan ini, kami melihat terdapat banyak kekeliruan dalam masyarakat Kampus khususnya dan juga masyarakt luar umumnya mengenai ISU PENDIDIKAN PERCUMA yang digembar - gemburkan pihak PAKATAN RAKYAT (PR). Tidak dinafikan juga, cerita - cerita DONGENG  dan FANTASI yang disebarkan pihak Kerajaan Perseketuan yakni UMNO dan BARISAN NASIONAL (BN).


Oleh itu, atas dasar keadilan & kebenaran, Kami GAMIS JOHOR ingin membantu menjelaskan ISU PENDIDIKAN PERCUMA ini kepada Rakyat Johor khususnya dan rakyat Malaysia umumnya.


Perkara pertama yang perlu dijelaskan pada akal pemikiran kita ialah, apakah itu yang dikatakan sebagai PENDIDIKAN PERCUMA?


Maksud PENDIDIKAN PERCUMA dalam konteks sebuah negara yang berkebajikan ialah perkhidmatan percuma yang diberikan daripada peringkat rendah ke peringkat tinggi termasuk ijazah lanjutan. Bagaimanapun penyediaan perkhidmatan pendidikan percuma ini selalunya tidak termasuk sara hidup dan lain-lain keperluan hidup seseorang pelajar. Pelajar atau mahasiswa bertanggungjawab sendiri untuk menyara kehidupannya sama ada melalui pembiayaan sendiri, keluarga, penajaan atau pinjaman. Inilah polisi yang selalu diamalkan dalam sebuah negara yang berorientasikan kebajikan. 


Buat makluman rakan - rakan sekalian, pendidikan percuma ini bukanlah sesuatu perkara yang baru diamalkan, tetapi sudah diamlkan sejak bermulanya kepimpinan Islam lagi. Sebagai contoh, ialah semasa kepimpinan     pemerintahan Bani Abbasiyah di Baghdad, pendidikan percuma telah diberikan sehingga menjadikan kota Baghdad sebagai pusat tumpuan para penuntut ilmu dari seluruh dunia. Selain itu pada zaman pemerintahan Islam di Andalus, telah memberikan pendidikan percuma sehingga ramai penuntut ilmu dari Eropah berhijrah ke sana.


Sebagai renungan bersama, ayuh kita mengamati bersama sabdaan Rasulullah



“Seorang imam (pemimpin) itu adalah penggembala (pemelihara) dan dia bertanggungjawab di atas pemeliharaannya...” 

[HR Ahmad, Syaikhan, Tirmidzi, Abu Daud dari Ibnu Umar]. 


Selain itu ayuh kita memahami ayat di bawah ini


"Ilmu dianggap sebagai sesuatu yang wajib dan termasuk keperluan serta hak asas setiap individu"




Berdasarkan kepada hadith di atas, jelas menunjukkan tanggungjawab pemeliharaan atau penjagaan terletak di atas bahu seseorang pemimpin itu, dan tangunggungjawab menyediakan PENDIDIKAN PERCUMA adalah salah satu tanggungjawab seseorang pemimpin itu. Pemimpin sepatutnya menjaga rakyatnya dan bukan membebankan rakyatnya dengan hutang - hutang dalam menunaikan kefardhuan mereka dalam menuntut ilmu. Setiap pimpinan itu seharusnya berusaha dengan sebaiknya meningkatkan perolehan pendapatan negara bagi mencapai mutu perkhidmatan terbaik untuk rakyat dibawah pemerintahan mereka. 


        Selepas peperangan badar, Rasullullah SAW telah mengarahkan tawanan Perang Badar untuk mengajar membaca dan menulis sepuluh anak kaum Muslimin sebagai syarat penebusan mereka. Dengan tindakan ini, yakni membebaskan para tawanan dengan cara menyuruh mereka mengajar anak-anak kaum Muslimin, bererti Rasulullah telah menjadikan biaya pendidikan setara dengan barang tebusan. Maksudnya, Rasulullah (seperti) telah memberi upah kepada para pengajar itu dengan harta benda yang seharusnya menjadi milik Baitul Mal. Ini merupakan salah satu strategi Rasulullah SAW dalam menyediakan khidmat pada rakyat di bawah pemerintahan nabi.


      Akhir kalam pada penulisan kali ini ialah harus kita ingat bahawa 




"negara tidak bankrap bila harta negara digunakan untuk kebaikan rakyat sebaliknya negara bakal muflis akibat pembaziran dan pecah amanah dalam mengurus harta rakyat"


    Mohd Zaki Bin Haron
    Pengerusi GAMIS Johor
    Inspirasi Anak Muda


   //Ayuh sama - sama bergerak bersama GAMIS dalam usaha membebaskan Masyarakat dari segala cerita palsu Parti Politik dalam Malaysia//





















No comments:

Post a Comment