Sunday 26 February 2012

POSTER DISKUSI ISU SEMASA :SYRIA

Forum Syria anjuran GAMIS

BANGI, 26 FEBRUARI – Kehadiran hampir 200 orang ke diskusi isu semasa, 'Syria: Antara Penindasan dan Kebangkitan', membuktikan bahawa masyarakat pada hari ini cakna terhadap isu semasa.


Diskusi isu semasa anjuran Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (GAMIS) itu diserikan dengan penampilan dua orang panel iaitu Professor Dato' Dr. Redzuan Othman, Dekan Fakulti Sastera dan Sains Sosial, UM dan Sdr. Hazuanuddin Sofuan, Presiden Persatuan Mahasiswa Syria (PPMS).

"Sejarah politik Syria perlu diteliti dengan baik kerana ia amat berkait rapat dengan apa yang berlaku terhadap rakyat Syria sekarang. Bermula dari pemerintahan ala tentera oleh Hafiz Asad kemudian diwarisi oleh anaknya iaitu Basyar Asad sehingga kini, adalah kesinambungan kezaliman berterusan terhadap rakyat Syria" ujar Prof. Dato' Dr. Redzuan Othman.

Sementara itu, Sdr. Hazuanuddin Sofuan juga merupakan antara kumpulan pelajar Malaysia terakhir yang dihantar pulang, mengulas, "Faktor anak muda adalah pencetus utama revolusi rakyat di Syria dengan berbekalkan kefahaman dan tekad untuk mengubah negara mereka"

"Faktor pelbagai aliran madrasah yang wujud di Syria dan tekanan kerajaan terhadap ulama’ menyebabkan pertembungan pandangan dalam menghadapi revolusi di Syria"

Diskusi bertambah menarik apabila moderator forum, Sdr Azan Safar, Pengerusi Majlis Tarbiyah Gamis berkongsi pengalaman beliau semasa belajar di Syria.

Di penghujung forum, kedua-dua panel memberi keyakinan dan harapan besar bahawa revolusi rakyat di Syria akan berjaya walaupun menghadapi tekanan yang hebat dari negara kuasa besar dunia seperti China dan Rusia dengan pertolongan Allah S.W.T sepertimana jatuhnya Muammar Ghadafi di Libya.

"Diskusi ini bertujuan memberi penerangan kepada masyarakat tentang isu semasa selari dengan saranan Gamis untuk membudayakan wacana intelektual secara serius", jelas Ketua Penerangan Gamis.
-dipetik dari muka buku penerangan GAMIS


ULASAN
Isu syria adalah satu isu yang sepatutnya diberi perhatian penuh oleh seluruh umat islam.keganasan puak syiah dibawah pimpinan Basyar Asad terhadap saudara kita yang beraliran ahli sunnah wal jamaah sudah pun terbongkar dan diketahui oleh seantero dunia.Forum yang telah dilaksanakan oleh GAMIS telah mendapat sambutan yang hebat dari rakyat malaysia. tahniah daripada GAMIS zon selatan atas kejayaan mengumpulkan lebih 200 orang yang menghadiri forum tersebut. ini membuktikan bahawa masih ramai lagi rakyat malaysia yang mempunyai kesedaran terhadap syria.


Thursday 23 February 2012

Kenyataan Naib Presiden II GAMIS berkenaan isu Syria

penubuhan blog GAMIS selatan

assalamualaikum,alhamdulillah atas rahmat yang telah dikurniakan oleh ALLAH,dapat juga blog GAMIS selatan disiapkan. insya ALLAH,segala aktiviti GAMIS sama ada di zon selatan dan juga aktiviti GAMIS pusat akan diisi di dalam blog ini. sebarang cadangan dan kritikan boleh dihantar ke email ini. gamisselatan@ymail.com