Friday 1 June 2012

SALAM IMTIHAN kepada Semua Mahasiswa



Peperiksaan akhir semester bagi mahasiswa ijazah sarjana muda sudah hampir menjelang tiba. Bagaimana dengan persediaan kita semua? 

“Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh     sungguh kerana memenuhi kehendak agama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredhaan), dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang orang yang berusaha membaiki amalannya.” (Surah Al Ankabut 29:69). 

Oleh itu, kita sebagai mahasiswa muslim perlu mempersiapkan diri dengan sebenar benar persediaan untuk menghadapi peperiksaan. Ingat, kita belajar bukan sekadar untuk menghadapi peperiksaan tetapi untuk memperoleh ilmu berguna.


Untuk menghadapi peperiksaan kita perlu ada perancangan yang rapi. Bak kata pepatah “if you FAIL to PLAN, you PLAN to FAIL”. Jom kita berkongsi sedikit tips sebelum menduduki peperiksaan.

TIPS 1 Betulkan niat  menduduki peperiksaan untuk mencari Redha Allah
TIPS 2 : Jaga solat lima waktu sehari semalam dengan sempurna
TIPS 3 : Pastikan FERI (Fizikal, Emosi, Rohani, Intelek) dalam keadaan seimbang dan cukup stabil
TIPS 4 : Minta ibu dan ayah doakan kejayaan kita
TIPS 5 : Bersihkan diri dan sifat buruk sangka, merendah rendahkan orang, membesarkan diri,
   takabbur,sam’ah, ujub, riak, bermusuh musuhan, mendeharkai ibu bapa atau pensyarah
TIPS 6 : Jaga pengambilan makanan
TIPS 7 : Jangan terlalu banyak ketawa dan berseronok
TIPS 8 : Jauhi dari bercinta
TIPS 9 : Memilih kawan yang sesuai
TIPS 10 : Rehat yang mencukupi
TIPS 11 : Mengutamakan nota pendek
TIPS 12 : Doa & Qiamullail

Bermacam petua kita boleh perolehi di laman web mahu pun di dalam buku motivasi. Sekarang, ia terpulang pada diri kita sendiri bagaimana kita mahu mencapai matlamat itu. “Tepuk dada tanya IMAN” . Dengan ini saya mengajak mahasiswa mahasisiwi untuk sama sama kita berusaha bersungguh sungguh untuk menghadapi pepriksaan. Di samping itu jangan lupa untuk kita letakkan seluruh kebergantungan kepada Allah, moga kita mendapat yang terbaik.


“Kita minta apa yang kita MAHU, ALLAH beri apa yang kita PERLU”


Akhir Kalam, Saya mewakili Srikandi Gerakan Muslimat Muda GAMIS Johor mengucapkan Selamat menempuh peperiksaan akhir semester. 

Salam Intiham,

Nor Aziatul Akmal binti Mansor
Pengerusi SIGMA
Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia
Negeri Johor.
Gamis Ispirasi Anak Muda!