Media arus perdana
hangat membicarakan isu seks pemimpin pembangkang iaitu Azmin Ali. Tindakan media
menumpukan isu seks ini adalah keterlaluan. Budaya songsang yang dibawa oleh
media arus perdana TV1, TV3 dan akhbar utusan serta kosmo dan lain-lain sangat
menjijikkan. Ini kerana peranan media sepatutnya memberi input-input dan maklumat
yang membina pemikiran positif kepada generasi muda. Tindakan mereka bukan
sahaja mengaibkan maruah seseorang bahkan membina suatu pemikiran lucah
dikalangan masyarakat.
Persoalannya kenapa isu-isu
sebegini diangkat serta dihidangkan kepada masyarakat umum. Dimanakah unsur-unsur
didikan yang dihidang dalam isu sebegini. Adakah ianya hanya bermotifkan
politik.. Jika sedemikian terlalu jijik permainan politik dikalangan mereka
terutama pihak kerajaan serta blogger seperti papagomo. Sepatutnya media perlu lebih
berhati-hati tidak tertipu terhadap setiap maklumat atau isu yang dibangkitkan.
Oleh itu media hendaklah mengunakan kemudahan saluran yang sedia ada dengan
bijaksana.
Media seharusnya
menerangkan perkara-perkara yang berlaku disekeliling masyarakat. bukannya
menerangkan berita palsu serta belum sahih keteranganya. Allah SWT berfirman
Wahai
orang-orang beriman! Jika seorang fasik datang membawa satu berita, maka
telitilah kebenarannya agar kamu tidak mencelakan suatu kaum kerana kebodohan
yang akhirnya kamu menyesali perbuatan itu. al-hujarat: 6
Harus diingat apabila
perkara sedemikian dihidangkan untuk tatapan umum, masyarakat sebenarnya boleh
menilai kerana kesedaran serta keintelektualan mereka semakin meningkat. Kesedaran
politik mereka semakin tinggi. Masyarakat bukan untuk diperbodohkan dengan
isu-isu sebegini. Apabila isu seks ini disiarkan untuk tatapan umum sebenarnya
kredit untuk Pakatan Rakyat. Kredibiliti kerajaan pimpinan Barisan Nasional
semakin lama semakin merosot dengan permainan politik sedemikian. Masyarakat
sudah lali dengan permainan politik tersebut. Bermula dengan isu liwat Dato’
seri Anwar Ibrahim dan isu seks yang membabitkan beliau dan kini trend yang
sama cuba diimplimentasikan kepada timbalan presiden PKR Azmin Ali. Rakyat sudah mula memahami method
politik kotor yang dimainkan oleh sesetengah pihak.
Gamis johor mengutuk
sekeras-kerasnya penyebaran gambar serta berita tersebut kerana perkara itu
belum sahih, belum terbukti si pelaku melakukan perkara sedemikian. hanya
dengan beberapa kepingan gambar yang jelas kaburnya belum cukup untuk dijadikan
bukti kukuh.
Wahai
orang-orang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan sesungguhnya sebahagian
dari prasangka itu dosa, dan janganlah kamu mencari kesalahan orang lain dan
janganlah ada dikalangan kamu yang mengunjing sebahagian yang lain. Apakah ada
diantara kamu yang suka memakan danging saudaranya yang sudah mati? Tentulah kamu
merasa jijik. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Penerima
tobat, Maha Penyayang.. Alhujarat :21
Penerangan
Gamis Johor
Gamis
Inspirasi anak Muda!
No comments:
Post a Comment