Tuesday 27 March 2012

GAMIS JOHOR MENYOKONG IDEA DEKLARASI ANAK MUDA (INSPIRASI)

Gamis Johor menyokong penuh gagasan yang dibawa oleh Deklarasi Inspirasi Anak Muda. Inspirasi adalah suatu gagasan yang mampu membawa kepada penyatuan anak muda dalam usaha membentuk suatu komuniti yang baik terhadap pembentukan masa depan Negara .

Dalam era Pasca Modenisme, generasi muda perlu diberikan perhatian khusus kerana mereka merupakan golongan paling dominan untuk diletakkan pelbagai  harapan dan hala tuju agama, bangsa dan negara. Golongan ini merupakan  pewaris kepada kepimpinan dan kehidupan akan datang. Mereka perlu lebih tampil dalam medepani masyarakat dalam semua perkara. Justeru itu keperibadian  mereka harus dilentur sedaya mungkin agar keseimbangan rohani, intelek, emosi  dan jasmani terbena dengan suburnya.

Kemahiran-kemahiran yang menjadikan seseorang cemerlang juga akan diketengahkan. Ini termasuk aspek  kerohanian, pengurusan diri, bersosial, berorganisasi, kepimpinan,  berkomunikasi dan berdakwah. Kemahiran ini perlu dikuasai bagi memastikan ia  mempunyai persedian yang mapan untuk melayari bahtera kehidupan sebagai  warganegara  yang berwawasan.

Inspirasi tampil sebagai suatu bentuk idea dalam memacu kearah Malaysia sejahtera.  Dalam usaha membina kesatuan dalam anak muda, mendidik masyarakat dan penerapan nilai islam, 6 cadangan gagasan inspirasi diperkenalkan meliputi merangkumi

1) Rejuvinasi sistem pendidikan
2) Keadilan undang-undang
3) Ekonomi untuk Rakyat
4) jaminan kerjaya
5) integriti politik
6) Keharmonian sosial


Saya yakin dan percaya bahawa inspirasi ini mampu bertindak sebagai check and balance kepada parti politik dan menjadi third voice dalam usaha pembangunan Malaysia yang lebih gemilang. Dengan ini Gabungan Mahasiswa islam semalaysia negeri johor menyokong sepenuhnya gagasan yang dibawa oleh deklarasi Inspirasi anak muda yang dipengerusikan oleh saudara Eikhwan Ali. Kami diperingkat Gamis Johor juga menyeru kepada front mahasiswa dan anak muda lain terutama di negeri johor untuk turut bersama-sama dalam menyokong dan menyumbang idea dalam menjayakan gagasan inspirasi ini.

Mohd Zaki Haron
Pengerusi Gamis Johor
Gamis “Inspirasi anak Muda”

Monday 26 March 2012

Deklarasi Inspirasi Anak Muda

SIDANG MEDIA
25 MAC 2012

Kami, Inspirasi Anak Muda Malaysia (INSPIRASI), mewakili seluruh anak muda Malaysia hari ini, menyatakan kesungguhan dan komitmen kami untuk menjayakan gagasan atau idea daripada komuniti anak muda terhadap pembentukan masa hadapan negara Malaysia yang lebih cemerlang untuk dinikmati oleh semua rakyat tanpa mengira bangsa dan agama. Besarlah harapan kami agar gagasan ini disambut dengan penuh iltizam oleh pihak kerajaan, pemimpin politik dan ahli akademik.

Kami INSPIRASI, bergerak melalui kesatuan yang dianggotai oleh pelbagai latar belakang dan variasi inspirasi organisasi anak muda bertujuan untuk membangkitkan kesedaran, menambah pengetahuan dan meningkatkan rasa tanggungjawab serta partisipasi anak muda terhadap agenda pembinaan negara Malaysia yang lebih cemerlang.

INSPIRASI dengan ini menyatakan kesungguhan untuk memperjuangkan enam gagasan yang meliputi transformasi pendidikan, keadilan undang-undang, ekonomi yang merakyat, jaminan kerjaya, politik bertintegriti dan keharmonian sosial.

Melihat kepada situasi semasa negara, INSPIRASI merasa terpanggil untuk tampil memperjuangkan dan mendidik masyarakat terutamanya anak muda Malaysia tentang makna kesatuan, keadilan, keamanan, kesepaduan, sifat kebertanggungjawaban, nilai kenegaraan dan sebuah kemerdekaan sebenar menurut kacamata Islam. Secara lebih terperinci, gagasan INSPIRASI adalah seperti berikut :

1. Rejuvinasi Sistem Pendidikan
 Melakukan transformasi sistem pendidikan kepada yang lebih praktikal dan efisyen dengan generasi sekarang.
 Memberi peruntukan dana yang lebih besar dalam pendidikan dengan meluaskan pemegang biasiswa aliran sains, agama dan vokasional serta menghapuskan bunga bagi segala bentuk pinjaman pendidikan.

2. Keadilan Undang-undang
 Menghapuskan akta zalim.
 Meluaskan bidang kuasa mahkamah syariah.

3. Ekonomi untuk Rakyat
 Melestari dan memperkasa pelaksanaan zakat dan baitulmal mengikut syariah Islam.
 Melaksanakan cukai progresif bagi semua sektor.
 Menyamaratakan secara konsisten pengagihan dan penetapan harga barang keperluan.

4. Jaminan Kerjaya
 Memberikan bantuan kewangan dan mengisytihar SOHO (Small Office Home Office) sebagai pasaran baru yang lebih sesuai dengan anak muda.
 Mengurangkan kadar pengambilan buruh asing sebagai sumber manusia dengan mengutamakan anak tempatan.
 Mengurangkan had umur pencen daripada 60 tahun kepada 55 tahun atau kurang untuk memberi ruang yang lebih besar kepada anak muda dalam kerjaya.

5. Integriti Politik
 Menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara bebas rasuah.
 Menuntut sistem pilihanraya yang telus dan adil.
 Mewujudkan Parlimen Belia untuk melibatkan belia dalam proses penggubalan keputusan di peringkat nasional.

6. Keharmonian Sosial
 Mengungguli budaya hidup sihat dengan gaya pemakanan yang sihat dan aktiviti bersenam.
 Mencari penyelesaian yang holistik bagi mengurangkan kadar penglibatan anak muda dalam masalah sosial dan budaya kuning.
 Menolak media dan semua medium komunikasi perdana dan semasa yang memaparkan unsur ketidakmoralan, bias dan tidak membina akal dan budi rakyat.
 Memperkasakan peranan pendidikan dari rumah dan institut kekeluargaan

Akhir kata, kami meletakkan harapan yang besar dan membuka seluas-luasnya ruang kepada seluruh front mahasiswa dan anak muda untuk bersama-sama kami menjayakan deklarasi ini sebagai manifestasi kebersamaan komuniti muda ke arah pembinaan negara Malaysia yang makmur, aman dan cemerlang.

Masa depan negara terletak di bahu kita, anak muda Malaysia. Ayuh, kami menyeru seluruh anak muda dan rakyat Malaysia untuk berganding bahu dan menyatakan komitmen menjayakan gagasan ini.

Sekian. Terima kasih.

Saya yang benar,

EIKHWAN ALI
Pengerusi,
Inspirasi Anak Muda Malaysia (INSPIRASI).
Mewakili :
1. Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS)
2. Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)
3. Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMI UM)
4. Ma’ruf Club Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (MC UIAM)
5. Ikatan Studi Islam Universiti Kebangsaan Malaysia (ISI UKM)
6. Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Putra Malaysia (PMI UPM)
7. Persatuan Pelajar Islam Universiti Selangor (PPI Unisel)
8. Al-Azhar Members Kolej Universiti Islam Selangor (ALAM KUIS)
9. Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Teknologi Malaysia, Kuala Lumpur (PMI UTM-KL)
10. Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang (PMI USM-PP)
11. Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Teknologi Malaysia, Skudai (PMI UTM-Skudai)
12. Badan Dakwah dan Rohani Universiti Kebangsaan Malaysia, Kuala Lumpur (BADAR UKM-KL)
sumber:http://www.mygamis.com/2012/03/wujudkan-kesepakatan-dalam-tentukan.html

Monday 19 March 2012

Menyubur Dialog dan Debat Intelektual Secara terbuka

Rakyat pada hari ini mempunyai selera politik yang berbeza berbanding dahulu. Mereka lebih cenderung menilai agenda yang ditawarkan oleh parti-parti politik dan seterunya memilih parti yang mampu memberi perkhidmatan yang terbaik kepada mereka.
Mereka bukan lagi taasub kepada satu parti politik, hasilnya, setiap parti politik berusaha keras merencanakan agenda yang dibawa bagi memastikan persepsi positif pengundi sentiasa konsisten terhadap mereka.
Political will (keazaman politik) bagi sesebuah parti politik menjadi satu perkara yang penting bagi rakyat menilai kesungguhan parti politik membawa agenda yang telah direncanakan iaitu bukan sekadar omongan kosong, ia perlu direalisasikan.

Salah satu usaha yang mesti diambil perhatian bagi memenuhi tuntutan budaya politik baru ini ialah dengan menyuburkan dialog dan debat intelektual secara terbuka tanpa ada manipulasi dari pihak tertentu dari sudut maklumat. Ini sangat penting bagi memastikan rakyat mendapat sumber maklumat yang segar dan telus.

Bukanlah Budaya Baru

Dialog dan debat intelektual bukanlah sesuatu yang baru di dunia. Mungkin diMalaysia ia agak kurang popular, kerana adanya sikap ketidak terbukaan parti politik dalam menganjurkan dialog dan debat intelektual, dan juga ketelusan media arus perdana dalam menyiarkan debat dan dialog tersebut.

Jika kita menyoroti sejarah, bagaimana kisah nabi Musa a.s. ketika berhadapan dengan puluhan ribu ahli sihir yang dikumpulkan oleh Firaun untuk mengalahkan baginda. Walaupun dari sudut keadilan boleh dipertikaikan kerana puluhan ribu ahli sihir melawan seorang nabi, akan tetapi perkara yang menarik ialah pertandingan ini secara terbuka dengan kehadiran pembesar negara dan rakyat jelata dari seluruh Mesir. Penonton dapat menilai secara langsung pihak yang benar dan pihak yang batil.

Kita juga masih ingat bagaimana John McCain berhadapan dengan Obama dalam Final US Presidential Debate. Ketenangan yang dibawa oleh Obama dan cemasnya McCain telah memberikan satu klu kepada pengundi, siapakah yang sebenarnya layak dipilih sebagai presiden di samping keyakinan Obama dalam menyampaikan agenda yang mahu dibawa untuk membangunkan Amerika.

Perlu Disuburkan
Harga petrol yang dijadikan isu perdebatan antara Dato’ Seri Anwar Ibrahim dengan Datuk Ahmad Shabery Cheek cukup memberi impak yang besar kepada rakyat. Dengan jelas dan telus rakyat dapat menyaksikan bagaimana hujah yang dilontarkan oleh pemimpin dari pemerintah dan juga pembangkang dalam membela nasib rakyat.

Kesediaan Pas dalam berdialog dengan mana-mana komponena BN menunjukkan kematangan politik yang wujud dalam Pas. Menurut Datuk Husam Musa, Naib Presiden Pas sesi dialog yang bertujuan untuk mencari jalan penyelesaian masalah tertentu adalah digalakkan dan ia tidak perlu dilakukan secara tertutup.

Tidak kurang hebat juga dengan ajakan debat satu sama satu secara terbuka oleh Datuk Seri Raja Nong Chik Zainal Abidin, Menteri Pembangunan Wilayah dan Pembangunan Bandar kepada anggota parlimen pembangkang berhubung isu penggunaan dana Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi membiayai skim perumahan kos rendah.

Debat politik anjuran Himpunan Mahasiswa United Kingdom dan Ireland (UKEC) membabitkan Khairy Jamaluddin Abu Bakar, Ketua Pemuda UMNO dan Rafizi Ramli, Pengarah Strategik Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyerlahkan kematangan mereka berhujah dan mengetepikan sentimen peribadi dan kepartian. Mereka berhujah dan mencabar minda mengenai Wawasan 2020 dan benarkah Malaysia berada di landasan betul untuk mencapai taraf negara maju yang tinggal 8 tahun lagi. Sayang sekali debat tersebut dianjurkan di luar Malaysia.

Budaya ini juga mesti disuburkan di dalam kampus, ketepikan dahulu isu AUKU yang sempit. Kita ketengahkan agenda memperkayakan minda mahasiswa. Pihak pentadbiran sewajarnya memberi galakan kepada mahasiswa menganjurkan dialog dan debat intelektual bukannya menyekat secara membuta-tuli. Apa salahnya kita tokoh-tokoh politik seperti Datuk Mustapha Mohamed, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, Salahuddin Ayub, Saifuddin Nasution Ismail dan Anthony Loke Siew Fook diundang berdialog di pusat pengajian tinggi? Jawapannya tentu sekali tidak salah, kerana pentadbiran pusat pengajian tinggi sepatutnya tidak ada kepentingan dalam politik.

Harapan Anak Muda

Oleh sebab itu, Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (GAMIS) melalui Majlis Politik Nasional (MPN) pernah menawarkan diri sebagai penganjur debat terbuka antara Dato Seri Najib Tun Razak dengan Dato Seri Anwar Ibrahim.

Dialog dan debat intelektual salah satu pemangkin kepada pendidikan politik. Sasaran yang ingin dicapai dalam pendidikan politik ialah wujudnya wa’yu siyasi (kesedaran politik) dalam setiap diri individu. Kita juga mengharapkan media arus perdana selaku medium pengantar maklumat memainkan peranan secara telus dan adil tanpa ada manipulasi dari sudut maklumat.

GAMIS sangat optimis sekiranya budaya ini disuburkan, di Malaysia akan wujudnya parti politik yang mempunyai keazaman politik yang tinggi dan rakyat tersedia dengan pendidikan politik yang baik, dikukuhkan dengan sistem pilihanraya yang telus dan adil. Seterusnya melahirkan politik baru Malaysia.
  
GAMIS Inspirasi Anak Muda!
Wan Mohamad Rasyadan Wan Hussin
Ketua Penerangan GAMIS Pusat

Thursday 8 March 2012

Ciri Umat Yang Mendokong Negara Islam


Kedatangan islam yang diturunkan kepada Rasulnya merupakan satu rahmat yang tidak terhingga kepada manusia. Ajaran islam bukan hanya berpaksikan kepada ajaran akidah semata-mata akan tetapi terpancar dari nya segala tindak tanduk yang berkaitan dengan syiar ibadah kepada Allah. Islam juga memerintahkan supaya penganutnya kepada akhlak yang baik. Ia bukan sahaja ibadah akan tetapi disertakan dengan syariat yang bijaksana lagi adil dalam mengatur, mentadbir dan menghukum kegiatan hidup manusia.
Al Quran menegaskan peranan manusia kepada tiga perkara penting.
Ibadat
“Dan aku tidak ciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdikan diri kepada Aku, aku tidak menghendaki sedikitpun rezeki dari mereka dan Aku tidak menghendaki mereka memberi kau makan, sesungguhnya Allah, Dialah tuhan yang Maha Pemberi rezeki , yang memepunyai kekuatan lagi kukuh”. Az-zariyat:56-58

Dalam soal amanah Allah nukilkan dalam al-Quran
“sesungguhnya kami telah mengemukakan amanah kepada langit, bumi, bukit bukau dan gunung ganang maka semuanya enggan memikulnya dan mereka khuatir akan mengkhianatinya dan memikullah amanah itu oleh manusia, sesungguhnya manusia itu amat zalim dan amat jahil. Sehingga Allah mengazabkan orang-orang munafik lelaki dan perempuan dan orang-orang musyrikin lelaki dan perempuan, sehingga allah menerima taubat orang-orang yang beriman lelaki dan perempuan dan allah maha pengampun dan maha penyayang”. Surah ahzab:72-73.

Ada pun dalam tugasan manusia yang ketiga adalah khalifah yang mana Allah firmankan yang bermaksud
Dan dialah yang menciptakan kamu khalifah-khalifah(penguasa-penguasa) dibumi dan dia meninggikan sebahagian kamu dari sebahagian yang lain beberapa darjat dan menguji kamu tentang apa yang diberikan kepada kamu. Sesungguhnya tuhan kamu amat cepat siksaannya dan sesungguhnya  Dia maha pengampun lagi maha penyayang”. Al-An’am: 165

Negara islam tidak ditegakkan denga percuma akan tetapi ditegakkan bermula dengan pembentukan masyarakat atau individu islam yang tulen. Individu tersebut adalah dikalangan yang beriman, beramal, berdakwah dan berjihad. Mereka bukan sahaja memahami makna kezaliman akan tetapi mereka merasakan betapa peri peritnya sebuah kezaliman yang dipancarkan terhadap mereka. Dari situlah mereka memahami betapa pentingnya penegakkan hukum Allah di atas muka bumi ini demi untuk keadilan yang sejagat.

Sebagaimana yang berlaku ketika mana para tentera salib apabila mereka menjajah sesebuah perkampungan islam, mereka bukan sahaja merosak dan membakar rumah dan tempat tinggal akan tetapi wanita dijadikan pemuasan hawa nafsu mereka, wanita diperkosa, kanak dijadikan barang mainan tikaman mata pedang dilambung ke bumi serta orang tua disepak terjang seperti menendang bola kearah gol lawan. Darah umat islam terus mengalir tersimbah ditanah air sendiri. Akan tetapi apabila islam datang dengan kemenangan, perkara sebaliknya berlaku, keadilan terus tertegak apabila tentera Salahuddin  Ayubi memasuki kota baitul maqdis tiada seorang pun penduduk pada waktu itu  dianiaya oleh tentera Salahuddin. Kemuliaan dan keadilan terpancar dalam diri setiap tentera islam. Setelah hampir 80 tahun islam kembali membawa keamanan dan kestabilan politik di baituil maqdis.panji islam terus tertegak dengan naungan pemerintahan islam.

Umat islam bukan sahaja mempelajari ilmu akidah secara teori semata-mata akan tetapi mereka turut merasai akidah itu ke dalam diri melalui amalan perjuangan penuh dengan ujian dan cabaran. Bagi melahirkan golongan yang sedemikian bukan seperti mengutip batu di tepi jalanan atau mencari dipasar malam sahaja.

Sekiranya kamu serukan kepadanya satu keuntungan yang mudah diperoleh dan perjalanan yang tidak jauh pasti mereka mengikutmu tetapi tempat yang ditujukan itu amat jauh dan dipenuhi dengan kepayahan. At-Taubah 42

Allah mengingatkan orang beriman

Hai orang-orang beriman! Kamu hendaklah menjadi menjadi orang yang selalu menegakkan kebenaran kerana Allah menjadi saksi dengan adilnya dan janganlah sekali kali kebencianmu terhadap suatu kaum mendorong kamu untuk tidak berlaku adil. Berlakulah adil kerana adil itu hampir kepada taqwa, dan bertqwalah kepada Allah sesungguhnya Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan. Al-Maidah ayat 8

Kerana itu umat yang mendokong Negara islam pada hari ini mereka mestilah mempunyai sifat apa yang Allah nyatakan dalam Al-quran

“Kamu adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan untuk manusia yang menyuruh kepada perbuatan baik dan mencegah dari perbuatan yang jahat dan berimanlah kepada Allah”. surah al-Imran ayat 110

Jelas disini bahawa umat yang mendokong sebuah negara islam perlu mempunyai sifat dan ciri-ciri tersebut
Mereka melaksanakan amar makruf nahi mungkar. Mereka bertanggungjawab seperti yang ayat diatas perlu ada dalam diri setiap yang bergelar rakyat. Mereka menyuruh berbuat kebaikan dan mencegah kemungkaran. Amatlah tidak wajar mereka yang menyuruh bernuat kebaikan dan kebenaran tetapi mereka itu tidak bersifat sedemikian. Mereka melarang berkuat kemungkaran, tetapi kemungkaran bercengkam utuh dikalangan mereka. Mereka tidak mencegah kemungkaran, kejahatan dan kemaksiatan dikalangan mereka. Mereka perlu menjadi contoh. “Tegakkan Negara islam dalam diri kamu nescahaya ianya akan tertegak ditanah airmu”.

Selain itu rakyat yang mengaku islam perlu beriman kepada Allah. Keimanan yang dibina diatas tauhid kepada Allah terkandung semua bentuk keimanan kepada Allah. Mereka menolak apa yang bercanggah dengannya, yakin dengan penyelesaian kepada semua masalah kepadaNya. Meraka menolak ideologi atau ajaran selain daripada islam. Beriman bukan sahaja mengaku dengan rukun iman akan tetapi merangkumi segala bentuk perhubungan dengannya. Bermula dengan ibadat kepada Allah sehingga menegakkan syiar Allah, menegakkan negara islam serta kembali kepada kepimpinan islam.

Islam menentang kekerasan dan penyalahgunaan kuasa serta mengawal hubungan antara  pemerintah dan rakyat. Islam mengawal bukan dari peraturan ciptaan manusia akan tetapi keimanan yang sebati dalam diri pemerintah dan rakyat. Islam tidak membawa kepada konsep perkauman seperti yang berlaku sekarang melaga-laga antara satu bangsa dengan bangsa yang lain, kelompok dengan kelompok yang lain. Fitnah bagaikan berleluasa berusaha menutupi segala kebaikan orang lain. Akan tetapi risalah sejagat ini mesti dilaksanakan untuk seluruh umat manusia tanpa mengira warna kulit dan sebagainya. Prinsip negara islam sama sekali tidak boleh dibawa oleh orang yang bersifat perkauman kerana mereka membawa kepada kepentingan diri sendiri, keluarga bangsa sdan kaumnya sendiri. Fahaman perkauman yang jahiliah ini mesti ditentang secara habis-habisan.

Terlaksananya hukum islam bermula dari pemerintah yang mengamalkan prinsip dan menjadikan al-quran dan as-sunnah sebagai rujukan mereka. Iman Al-Ghazali menyebut dalam kitabnya agama itu adalah asas, pemerintah itu adalah pengawalnya,perkara yang tiada asas akan runtuh dan yang tidak ada pengawal akan menjadi sia-sia. Kerana itu tidak sepatutnya soal pemerintah ini diambil ringan oleh umat islam. Disebut dalam hadis yang sohih pemerintah yang adil berda sangat mulia disis Allah, dan mereka yang zalim berda ditempat yang sangat hina.


Majlis Dakwah dan Penerangan GAMIS Johor
GAMIS Inspirisi Anak Muda