Monday 21 May 2012

kenapa kami menolak irshad manji







Golongan Islam Liberal ini tidak menzahirkan diri mereka sebagai orang yang menolak agama, tetapi berselindung di sebalik gagasan mengkaji semula agama, mentafsir semula al-Quran, menilai semula syariat dan hukum-hukum fekah. Segala tafsiran yang dianggap lama dan kolot mengenai agama termasuk hal yang telah menjadi ijmak ulamak, termasuk tafsiran daripada Rasulullah s.a.w. dan sahabat serta ulamak mujtahid ditolak oleh mereka.

Pengaruh liberalisme yang telah terjadi dalam agama Yahudi dan Kristian mulai diikuti oleh sekumpulan sarjana dan pemikir muslim termasuklah dengan menubuhkan forum diskusi dan institusi seperti Jaringan Islam Liberal (JIL) di Indonesia dan Sister in Islam (SIS) di Malaysia.

Gerakan Islam Liberal ini sebenarnya adalah lanjutan daripada gerakan modernisme Islam yang muncul pada awal abad ke-19 di dunia Islam sebagai suatu konsekuensi interaksi dunia Islam dengan tamadun barat. Modernisme Islam tersebut dipengaruhi oleh cara berfikir barat yang berasaskan kepada rasionalisme, humanisme, sekularisme dan liberalisme.

Rancangan musuh-musuh Allah dan muslim, iaitu Zionis dan Amerika adalah untuk memecahbelahkan umat Islam dengan memberi sokongan kepada golongan Islam yang radikal dan pada belahan dunia Islam yang lain mereka menaja kelompok Islam liberal, disamping menghidupkan semula tarekat-tarekat sufi yang menyimpang, MAKA gambaran majoriti umat Islam sebenar yang mengikuti manhaj ahli sunnah wal jamaah dan menjadi umat pertengahan tidak dapat dilihat dengan jelas.

Menurut penganut dan aktivis kumpulan Islam liberal ini, agama hendaklah disesuaikan kepada realiti semasa, sekalipun terpaksa menafikan hukum-hakam dan peraturan agama yang telah sabit dengan nas-nas syarak secara qat’ie. Jika terdapat hukum yang tidak menepati zaman, kemodenan, hak-hak manusia, dan tamadun global, maka hukum itu hendaklah ditakwilkan atau sebolehnya digugurkan.

Sebenarnya, program Islam liberal ini dilancarkan oleh barat untuk memperkuatkan liberalisme politik di negara-negara umat Islam setelah gagalnya sekularisme di Timur Tengah (dunia Islam). Bagi mereka, tanpa liberalisme Islam yang kuat, maka liberalisme politik di Timur Tengah dan negara umat Islam yang lain tidak akan berhasil. Kerana itu, mereka menaja kumpulan-kumpulan dan individu-individu tertentu di negara-negara umat Islam untuk mempromosikan fahaman Islam liberal ini.

Secara ringkasnya, ada tiga bidang dalam ajaran Islam yang menjadi sasaran liberalisasi iaitu; [1] liberalisasi bidang aqidah dengan penyebaran fahaman pluralisme agama, [2] liberalisasi bidang syariah dengan melakukan perubahan metodologi ijtihad, dan [3] liberalisasi konsep wahyu dengan melakukan dekonstruksi terhadap al-Quran.

Semoga Allah selamatkan kita daripada sebarang bentuk kesesatan.

Wallahua’lam
Penulis ialah Naib Presiden GAMIS, merangkap Pengerusi INSPIRASI ANAK MUDA.


penulisan ini adalah daripada saudara Naib Presiden GAMIS. beliau memfokuskan kepada pemahaman liberalisme itu sendiri. Irshad Manji sedang berusaha bagi mempromosikan gerakan liberalisme itu sendiri.sebagai contoh, Irshad menubuhkan projek Ijtihad yang mana dia mempromosikan perkahwinan campur.[1] di sini,maksud ijtihad itu sendiri telah disalah tafsirkan olehnya. 


sila baca ini,


Tulisan Irshad Manji banyak mengelirukan dan menyeleweng dari Hukum Syarak. Malah Irshad Manji  kerapkali mempertikaikan dan menghina Islam. Irshad Manji adalah seorang pejuang seks bebas, dan pergerakannya dipromosikan oleh golongan gay dan lesbian di rata-rata laman-laman sosial dan laman web. Bahkan ada sumber yang mengatakan beliau juga disokong dan dipromosikan oleh kumpulan Lesbian, Biseksual, Gay dan Transeksual (LBGT). Irshad Manji  merupakan lesbian dan mengamalkan homoseksual secara terbuka.[2]

seorang lesbian dan menyokong seks terbuka? ini bukanlah ajaran islam yang sebenar,malahan islam yang sebenar menentang hubungan sejenis

dan yang lebih menyedihkan, bagaimana seorang yang mengaku 'reformis' islam tergamak menghina junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W? di mana 'iman' beliau?

”Sebagai seorang pedagang buta huruf, Muhammad bergantung pada para penulis untuk menulis kata-kata yang didengarnya dari Allah. Kadang-kadang Nabi sendiri mengalami penderitaan yang luar biasa untuk menguraikan apa yang ia dengar. Itulah bagaimana ayat-ayat syaitan,  ayat-ayat yang memuja berhala yang dikatakan pernah diterima oleh Muhammad dan ditulis sebagai ayat rasmi untuk al-Quran. Nabi kemudian mencoret ayat-ayat tersebut, menyalahkan tipu daya setan sebagai penyebab kesalahan catat tersebut. Walaubagaimanapun,  ahli falsafah muslim sudah berabad-abad lama mengisahkan cerita ini dan ini  telahpun memperlihatkan keraguan yang sudah lama ada pada kesempurnaan al-Quran"[3]
  
-petikan dari buku 'Beriman Tanpa Rasa Takut: Tentangan Umat Islam Saat Ini'
segala bentuk keingkaran kepada larangan ALLAH, dan juga mempergunakan islam dan syariatnya,serta memahami ia dengan tafsiran yang 'salah' sudah pasti harus DITOLAK. apatah lagi apabila ia melibatkan penyebaran fahaman yang salah.
mahasiswa perlu berfikir dan mengkaji serta memahami agama dengan sebaiknya,jika tidak,kita akan mudah dipengaruhi oleh fahaman yang tidak sihat. KAMI MENOLAK SEBARANG USAHA UNTUK MEMBAWA IRSHAD MANJI KE MALAYSIA!

//GAMIS INSPIRASI ANAK MUDA//

 RUJUKAN
[1]https://www.irshadmanji.com/About-Irshad
[2,3] http://abdullahmahdi.com/index.php?option=com_k2&view=item&id=38:irshad-manji-kenapa-perlu-dibantah?? 

RUJUKAN LAIN(BAHAN PEMBACAAN)

1) http://www.bharian.com.my/bharian/articles/JAKIM_KDNhalangpenganjuranberkaitanIrshadManji_LGBT/Article
2)http://www.ibnushukran.com/2012/05/halang-irshad-manji-datang-malaysia.html
3)http://www.xtra.ca/public/National/Irshad_Manji_on_gaystraight_alliances-10838.aspx4)https://www.irshadmanji.com/reformist-quran
5)https://www.irshadmanji.com


No comments:

Post a Comment