Monday 30 April 2012

BERSIH: Kebangkitan Mahu Perubahan


28 April 2012 melihat satu gelombang kebangkitan ratusan ribu rakyat Malaysia berhimpun dalam perhimpunan bersih yan mahu reformasi dalam system pilihan raya yang  lebih adil.  Lautan manusia tanpa mengira kaum bersama-sama menuntut 8 tuntutan yang di antaranya
  1. Bersihkan senarai undi (daftar pemilih)
  2. mereformasikan undi pos
  3. Gunakan dakwat kekal
  4. Akses media yang lebih bebas dan adil
  5. Tempoh berkempen minima 21 hari
  6. Kukuhkan institusi awam
  7. Hentikan rasuah
  8. Hentikan politik kotor

Pengerusi bersama gabungan menuntut pilihan raya bersih dan adil (BERSIH) Datuk S ambiga dalam sartu sidang media berkata "Dalam erti kata tersebut, ia adalah satu kejayaan."Suasana yang hebat dan bilangan yang ada di situ ia amat besar." "Kami merasakan bahawa ia adalah satu kejayaan kerana terdapat sokongan yang begitu banyak untuk tujuan ini dan segala-galanya berjalan dengan baik sehinggakan kami memberi arahan supaya bersurai dengan cepat, pada jam 2.30 petang, kerana semasa kita sampai ke Dataran (Merdeka), amat sukar bagi orang ramai untuk duduk," kata Ambiga. "Bagi orang yang hadir, mereka berkelakuan baik bagi sejumlah seramai itu,"


Sementara itu tindakan FRU melepaskan gas pemedih mata dan water canon terhadap peserta adalah perkara yang perlu dielakkan kerana boleh mendatangkan kemudharatan kepada peserta himpunan BERSIH.

Polis juga sepatutnya bersikap adil yakni menjaga keselamatan para peserta bersih bukannya melepaskan tindakan membelasah mereka sesuka hati. Selepas beberapa hari bersih rakyat dapat  melihat banyak bukti rakaman video yang dikeluarkan menunjukkan tindakan kejam polis membelasah mereka yang tidak bersalah. Memetik laporan malaysiakini.com 30 April 1.30pm menyaksikan beberapa individu yang dibelasah tanpa alasan yang munasabah sehingga mendatangkan kecederaan adalah bukti tindakan zalim pihak berkuasa dalam menangani keselamatan.

Sikap media arus perdana yang  berat sebelah dalam menyampaikan berita dan maklumat kepada rakyat seolah-olah BERSIH 3.0 bencana besar kepada negara. Mereka seolah-olah kambing hitam kerajaan hanya berfungsi mencari segala kelemahan dipihak pakatan dan menutup segala kejahatan serta kezaliman kerajaan. Mereka lupa bahawa rakyat sememangnya memepunyai akses media lain untuk menerima maklumat yang sahih dan benar.

Bersih 3.0 menyaksikan kejayaan dimana gelombang rakyat rakyat bersama-sama mahukan perubahan dalam system pilihanraya di Malaysia. Gamis mendesak Kerajaan mengkaji semula sistem pilihan raya yang semakin hilang kewibawaan dibawah kendalian Suruhanjaya pilihanraya (SPR). 8 tuntutan yang dibawa oleh bersih  3.0 perlu dilaksanakan kerana ianya jelas berlaku kepincangan dalam pilihanraya hari ini. Gamis Johor mengucapkan tahniah kepada semua yang terlibat dalam menjayakan BERSIH 3.0.

Sementara itu Suasana di negeri Johor tidak kurang hebatnya apabila 3,000 penyokong BERSIH menyertai himpunan duduk bantah di Dataran Bandaraya di Johor Bahru. Orang ramai melaungkan "Rakyat Melayu Rakyat Malaysia, Rakyat Cina Rakyat Malaysia, Rakyat India, Rakyat Malaysia". Perhimpunan ini diadakan serentak di lapan buah negeri lain.



Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia
Negeri johor
Gamis Inspirasi anak muda!

Wednesday 25 April 2012

GAMIS SERU MAHASISWA TURUN BERSIH 3.0


Kenyataan Rasmi

Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) menyeru seluruh mahasiswa Malaysia untuk bersama-sama menyokong Duduk & Bantah BERSIH 3.0. GAMIS menyatakan sokongan penuh terhadap 8 tuntutan Bersih untuk mendesak kerajaan melakukan reformasi menyeluruh ke atas sistem pilihanraya di Malaysia. GAMIS mewajibkan seluruh ahlinya untuk bersama-sama hadir di Dataran Merdeka pada 28 April ini.

GAMIS pada hari tersebut akan bersama-sama 84 NGO yang lain dan seluruh rakyat Malaysia di 41 buah bandaraya dan 14 negara akan berhimpun secara serentak untuk menyatakan solidariti bagi menutut pilihanraya yang lebih adil dan bersih.


Mahasiswa Mesti Turun

GAMIS melalui Presidennya, saudara Akram Ikrami Taib Azamuddeen, menyatakan mahasiswa selaku golongan terpelajar dan terdidik wajar bersama-sama BERSIH 3.0 sebagai menunjukkan solidariti dan kesungguhan untuk menolak sebarang ketidakadilan dan kepincangan dalam pelaksanaan pilihanraya di Malaysia.

Menurutnya lagi, walaupun 2 siri Himpunan BERSIH telah dibuat sebelum ini, kelihatan SPR dan Kerajaan Malaysia gagal menunjukkan komitmen untuk melakukan penambahbaikkan. Walaupun jawatankuasa khas ditubuhkan, 8 tuntutan yang antaranya membersihkan daftar pemilih dan akses media yang bebas dan adil belum ditepati seperti yang diharapkan. Tuntutan untuk menghapuskan rasuah dan politik kotor berkaitan dengan kesalahan pilihan raya juga tidak disentuh langsung oleh PSC.

Hadir dengan Kefahaman

Pengerusi Sigma, saudari Rohayu Rusli mengharapkan seluruh mahasiswa turun dengan kefahaman terhadap apa yang diperjuangkan oleh BERSIH 3.0. Katanya, “Kita tidak mahu mahasiswa dikatakan sebagai ‘golongan yang didoktrin’ dalam sebarang isu yang kita perjuangkan. Kita mesti hadir dengan kefahaman terhadap apa yang diperjuangkan oleh BERSIH 3.0. Saya menyeru seluruh mahasiswa untuk menyertai demonstrasi tersebut dengan berakhlak.”

“Kita sedar bahawa pengamalan sistem demokrasi di Malaysia menjadikan pilihanraya sebagai wadah memilih pemimpin. Kita berpegang terhadap apa yang digariskan dalam Islam untuk memilih pemimpin yang adil, berintegriti dan punya kompetensi untuk memimpin negara. Sistem yang tidak telus bakal memberi kesan pada pemerintahan negara pada masa akan datang”, demikian kata saudari Farhana Omar , Timb. Ketua Penerangan GAMIS.

Pada 9 Julai tahun lepas, laungan gerakan BERSIH 2.0 untuk reformasi pilihan raya menarik lebih 150,000 rakyat Malaysia ke Kuala Lumpur sekalipun kerajaan mengharamkan dan mengenakan tindakan keras ke atas penggerak BERSIH 2.0 dan juga mahasiswa.

Global Bersih adalah respon rakyat Malaysia yang tinggal di luar negara ke atas peristiwa bersejarah di dalam aktivisme masyarakat sivil tahun lepas, apabila rakyat Malaysia di luar negara berhimpun di 32 bandaraya dengan nama BERSIH 2.0.

Yang menggerakkan BERSIH 3.0 adalah peningkatan kuasa rakyat Malaysia di dalam dan di luar negara bagi menuntut pilihan raya bebas dan adil, terjamin oleh sistem pilihan raya yang demokratik, bebas korupsi dan sistem pilihan raya yang telus.

BERSIH 3.0 dijangka menarik ribuan mahasiswa untuk turut sama menyertai himpunan itu pada 28 April ini, jam 2 petang, di Dataran Merdeka.

GAMIS menyatakan sokongan padu kepada BERSIH 3.0, dan siap sedia memobilasi ahli untuk bersama-sama menjayakan DUDUK & BANTAH BERSIH 3.0.

Dikeluarkan oleh,
PENERANGAN GAMIS
GAMIS Inspirasi Anak Muda.

Saturday 21 April 2012

TANAH DAN AIR MATA PENEROKA

Negara dihambat kemajuan. Boleh kata setiap hari berdepan hambatan pembangunan. Umumnya, andai kita tidak hadir dengan satu bentuk pembangunan yang boleh merubah lanskap, Malaysia pasti akan terkebelakang. Jika dilihat kepada  program pembangunan yang dicanang kerajaan sejak Dasar Ekonomi Baru hingga kepada Program Transformasi hari ini, kita tidak nafikan akan rekod yang dicapai. Walau bagaimanapun, kita yakin dalam kejayaan itu sudah pasti akan ada yang terpaksa dikorban malah lebih menyedihkan terpelanting jauh dari merasai manfaat pembangunan yang dijalankan.  Dari perspektif lain, sudah pasti tertubuhnya banyak agensi kerajaan yang akan menyelaraskan urusan dan usaha di setiap kementerian. Tidak terkecuali salah satunya adalah Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA)

Felda dan Sejarah

54 tahun lalu Felda dikenali sebagai Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan atau nama ringkasnya LKTP. Terdiri daripada 275 tanah rancangan dan menempatkan 177 ribu keluarga peneroka. Di bawah konsep FELDA 800 ribu hektar tanah telah dibangunkan. Dua pertiga berkonsepkan pekebun kecil dan satu pertiga berkonsepkan ladang. Felda dibangunkan dengan pinjaman dari Bank Dunia bernilai RM 8 billion. Itu cerita lama. Kekal dalam lipatan sejarah.

Matlamat Yang Dilupakan

Antara matlamat penubuhan FELDA adalah memberikan tanah kepada para peneroka yang tidak memiliki tanah tercapai apabila hakmilik dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Negeri selain daripada meningkatkan sosio-ekonomi masyarakat peneroka FELDA. Hakmilik yang dikeluarkan merupakan hakmilik pajakan 99 tahun dan dikeluarkan setelah peneroka menjelaskan bayaran kembali kepada pihak pengurusan yang merangkumi kos pembangunan tanah rancangan tersebut.

Namun begitu, masalah lazim yang dialami oleh peneroka di mana-mana lokasi tanah rancangan sekalipun adalah kelewatan memperoleh hakmilik walaupun segala bayaran telah diselesaikan sehingga peneroka perlu menunggu beberapa tahun untuk memilikinya. Namun begitu, apa yang berlaku sekarang ini seolah-olah FELDA dilihat cuba menguasai tanah-tanah rancangan yang belum diberi milik secara penuh untuk dicagarkan kepada pihak ketiga iaitu FGVH. Memang benar sesetengah  dakwaan bahawa generasi kedua dan ketiga FELDA kurang melibatkan dalam aktiviti pertanian setempat tetapi apakah mereka sanggup melihat tanah kepunyaan ayah, ibu atau datuk, nenek yang diteroka sejak sekian lama mereka dicagarkan tanpa sebarang jaminan keuntungan masa depan.

Tidak Belajar Dari Masa Lepas

Hasrat FELDA dan Kementerian yang bertanggungjawab untuk memabantu masyarakat baru FELDA mungkin tapi apakah mereka benar-benar berpijak di atas bumi nyata. FELDA mungkin boleh mempengaruhi orang kampung untuk menyertai skim penyenaraian ini dengan pelbagai taklimat tentang kebaikan bertapa sempurna manfaat yang akan diperolehi kelak tetapi mereka langsung tidak boleh melenyapakan kebimbangan anak muda khususnya generasi kedua FELDA akan kemungkinan-kemungkinan masa depan yang akan merugikan mereka. Sebagai contoh; kita dapat lihat kepada apa yang berlaku ke atas FELDA Cahaya Baru di Johor. Atas nama pembangunan segera, manfaat yang baik, berapa ramai penduduk FELDA jadi  ‘pak sanggup’ untuk menerima kesan langsung ke atas skim projek yang boleh dikatakan gagal dengan jayanya. Malah ada sebahagian mereka dijanjikan pampasan hampir RM1 juta tetapi hampas yang mereka terima. Penulis bukan hendak menyalahkan mana-mana pihak, cuma apa yang penting di sini adalah tanggungjawab membela nasib rakyat harus diutamakan. Tetapi ia berlaku sebaliknya. Bagaimanakah pimpinan-pimpinan kawasan menterjemahkan tagline kebanggaan Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”?. Di saat rakyat sempit lagi serba kedaifan malah memang harus didahulukan, di mana anda sekalian pimpinan?. Apakah FELDA sebagai sebuah badan yang berautoriti akan hal tersebut?. Itu belum lagi diceritakan apa yang berlaku di Tanah rancangan FELDA yang lain misalnya di FELDA Sungai Buaya, FELDA Sendayan dan FELDA Gugusan Chini.

Bukan satu dendangan

Mungkin ini sebahagian cerita tanah rakyat di FELDA. Penulis yakin banyak lagi kes berkaitan tanah sejak dulu hingga kini bahkan yang terbaru berlaku di sekitar kita. Antara lain yang perlu diberikan perhatian adalah pembinaan loji penapisan minyak terbesar di Pengerang yang mana melibatkan pengambilan balik tanah sekitar kampung berdekatan. Banyak kebimbangan yang boleh dilontarkan untuk pihak kerajaan pusat dan kerajaan negeri fikirkan. Itu belum lagi kes berkaitan perumahan terbengkalai yang melibat memakan masa berbelas tahun khusus seperti apa yang berlaku di Kempas dan seluruh Malaysia amnya .Walau bagaimanapun dalam permasalahan FELDA dan peneroka wajar diteliti dengan sebaiknya. Kita akui FELDA sebagai merupakan sebuah agensi pembangunan luar bandar yang telah membawa perubahan yang besar dalam membangunkan tanah luar bandar. Dahulunya FELDA dikenali sebagai sebuah ejen pembangunan luar bandar yang menempatkan peneroka yang tidak memiliki tanah dengan menjalankan kegiatan pertanian ladang. Apakah FELDA mahu istilah agen pembangunan ini ditukar kepada pencuri tanah rakyat kelak?. Sudah tentu tidak!.

Mana-mana parti yang menerajui Negara atau negeri sekalipun harus diingat hak-hak rakyat khususnya soal tanah harus diutamakan bukan mengutamakan pihak lain yang ada kepentingan. Penulis percaya setiap pemimpin tahu akan tanggunjawab dan beban amanah yang digalas. Oleh yang demikian, pemimpin seharusnya memudahkan urusan rakyat untuk mendapatkan tanah, bukan dengan menafikan hak tersebut yang sah di sisi Perlembagaan. Ingatlah siapa kita, kalau bukan datangnya juga dari rakyat!. Dari rakyat kepada rakyat untuk rakyat. 


Gamis Inspirasi Anak Muda!

Wednesday 18 April 2012

Projek perumahan Terbengkalai - Rakyat Menanggung Beban

Kempas 15 april.  Baru-baru ini Penduduk Taman Desa Kempas telah melakukan demonstrasi aman bagi mendesak kerajaan campur tangan dalam isu projek perumahan terbengkalai. Mereka mendakwa bahawa Projek perumahan tersebut telah lama terbengkalai hampir 12 tahun namun kini masih belum siap. Projek perumahan tersebut dikelola oloeh Maju Delima Sdn. Bhd gagal menyiapkan projek tersebut yang spatutnya disiapkan tahun 2004 setelah dibina pada tahun 2001.

Pembeli ketika ditemui oleh wakil Gamis Johor saudara Iskandar Zulkarnian yang turut serta hadir bagi mendengar luahan para pembeli mengadu bahawa mereka terpaksa dibebani dengan sewaan rumah berjumlah RM350 disamping bayaran bulanan terhadap rumah mereka yang belum siap berjumlah RM 600 sebulan dengan pihak bank. Kami bukannya berpendapatan tinggi untuk membayar semua hutang ni selain terpaksa menanggung perbelanjaan harian dan persekolahan yang masih belajar di university tempatan. Ada dikalangan kami masih membayar interest RM200 setiap bulan hingga kehari ini disebabkan namun rumah dalam keadaan rumah yang masih lagi terbengkalai.

Pembeli  mendesak kerajaan campur tangan kerana ia melibatkan pemaju berkenaan.Sebelum ini penduduk telah pun membuat permohonan dengan surat bertarikh 11 julai 2011 yang mana mereka telah memohon dengan pihak berkenaan perngurangan pinjaman @ menstruktur semula pinjaman yang dikenakan keatas projek terbengkalai namun jawapan agak mengecewakan. 

Sementara itu  Penerangan Gamis Johor Mohd Azmi Mat Zain berkata amatlah keterlaluan bagi projek perumahan terbengkalai hampir 12 tahun setelah selesai semua proses pembayaran kos rumah dan terdapat sebahagian mereka dibebani dengan bayaran interest setiap bulan. Kita diperingkat Gamis Johor menuntut agar kerajaan negeri supaya mengambil tindakan secepat mungkin untuk menyelesaikan isu ini kerana penduduk terutama dikalangan pembeli tertekan hampir 12 tahun rumah yang mereka idamkan masih belum disiapkan. Kerajaan negeri sepatutnya lebih perihatin untuk membantu rakyat bukan bersifat mendiamkan diri.




Seorang pembeli ketika ditemubual oleh wartawan yang hadir


wajah kerisauan seorang pembeli memikirkan masa depan rumah mereka yang terbengkalai


projek rumah terbengkalai di Taman Desa Kempas oleh pemaju Maju Delima Sdn Bhd

sementara itu, Pusat Aduan Rakyat Nusajaya baru-baru ini mendedahkan isu projek rumah terbengkalai di Pulaijaya. Penduduk telah bersama-sama melakukan demonstrasi aman menuntut supaya kerajaan menyelesaikannya secepat mungkin  isu projek perumahan terbengkalai di Pulaijaya.
                          
Demonstrasi pembeli rumah projek terbengkalai pulaijaya baru-baru ini.


Gamis Inspirasi Anak Muda!


Roadshow Inspirasi di Plaza Angsana

Johor bahru 8 april: Gabungan Mahasiswa Islam Se-malaysia mengadakan jelajah inspirasi di negeri johor bertempat plaza angsana. Jelajah inspirasi di angsana berjaya dilaksanakan dengan kehadiran kira-kira 50 orang kumpulan mahasiswa terutama negeri johor untuk bersama dengan masyarakat bagi menerangkan gagasan inspirasi kepada masyarakat terutama dikalangan anak muda. Walaupun dengan keadaan hujan lebat namun tidak mematahkan semangat anak muda yang terdiri dari kalangan mahasiswa menjayakan program tersebut.

Pengeusi Majlis Politik Negeri saudara Iskandar Zulkarnain berkata Inspirasi hari ini bertujuan untuk mendekatkan mahasiswa untuk bersama dengan masyarakat terutama golongan muda terhadap 6 gagasan inspirasi iaitu pendidikan perundangan ekonomi kerjaya dan kerjaya dan sosial. Gamis percaya Inspirasi melalui dokongan anak muda mampu menjadi third voice kepada mana-mana pemimpin negara

Sementara itu wakil Gamis pusat iaitu ustaz Muhammad Farid Hadhari Mahamad Rusdi ketika ditemui berkata “ segala yang dirancang berjalan dengan lancar walaupun pada awalnya hujan turun dengan lebat, namun tidak mematahkan hasrat dan tekad anak muda khususnya di Johor untuk sama-sama berinspirasi dengan aktiviti Flashmob di Angsana. Aktiviti berakhir dengan konvoi beramai-ramai di jalan raya dengan menayangkan banner "INSPIRASI Anak Muda Malaysia".

Beliau juga merupakan pengerusi majlis dakwah dan kebajikan berkata GAMIS Pusat mengucapkan jutaan tahniah dan terima kasih khususnya kepada penggerak di peringkat GAMIS Negeri Johor di atas komitmen yang sangat hebat. Walaupun masih baru bergerak di persada negeri, namun mereka mampu untuk memobilasi puluhan anak muda untuk sama-sama menjayakan agenda INSPIRASI pada kali ini.

Gamis juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak keselamatan plaza angsana kerana memberi ruang untuk jelajah inspirasi  di plaza angsana. Mereka juga menyatakan sokongan terhadap gagasan Inspirasi. Turut hadir bersama timbalan presiden Persatuan Mahasiswa Islam UTM ustaz Muhammad Hazim bin Mohd Nor dan juga presiden Kelab iqra’ UTHM untuk memberi sokongan kepada bersama Inspirasi.
antara tuntutan "wujudkan parlimen Belia

antara penyunjung yang turut menyaksikan jelajah Inspirasi

pendokong Inspirasi di Johor

penerangan kepada anak muda berkenaan Inspirasi


sebahagian anak muda bersama menyokong inspirasi

team Inspirasi bersama dengan pelajar sekolah