Peperiksaan akhir
semester bagi mahasiswa ijazah sarjana muda sudah hampir menjelang tiba.
Bagaimana dengan persediaan kita semua?
“Dan orang-orang yang berusaha dengan
bersungguh sungguh kerana memenuhi
kehendak agama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan jalan Kami
(yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredhaan), dan sesungguhnya
(pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang orang yang berusaha
membaiki amalannya.” (Surah Al Ankabut 29:69).
Oleh itu, kita sebagai
mahasiswa muslim perlu mempersiapkan diri dengan sebenar benar persediaan untuk
menghadapi peperiksaan. Ingat, kita belajar bukan sekadar untuk menghadapi
peperiksaan tetapi untuk memperoleh ilmu berguna.
Untuk menghadapi peperiksaan kita perlu ada
perancangan yang rapi. Bak kata pepatah “if you FAIL to PLAN, you PLAN to FAIL”. Jom
kita berkongsi sedikit tips sebelum menduduki peperiksaan.
TIPS 1 : Betulkan niat menduduki peperiksaan untuk mencari Redha Allah
TIPS 2 : Jaga solat lima waktu sehari semalam dengan sempurna
TIPS 3 : Pastikan FERI (Fizikal, Emosi, Rohani, Intelek) dalam keadaan
seimbang dan cukup stabil
TIPS 4 : Minta ibu dan ayah doakan kejayaan kita
TIPS 5 : Bersihkan diri dan sifat buruk sangka, merendah rendahkan orang,
membesarkan diri,
takabbur,sam’ah, ujub, riak, bermusuh
musuhan, mendeharkai ibu bapa atau pensyarah
TIPS 6 : Jaga pengambilan makanan
TIPS 7 : Jangan terlalu banyak ketawa dan berseronok
TIPS 8 : Jauhi dari bercinta
TIPS 9 : Memilih kawan yang sesuai
TIPS 10 : Rehat yang mencukupi
TIPS 11 : Mengutamakan nota pendek
TIPS 12 : Doa & Qiamullail
Bermacam
petua kita boleh perolehi di laman web mahu pun di dalam buku motivasi.
Sekarang, ia terpulang pada diri kita sendiri bagaimana kita mahu mencapai
matlamat itu. “Tepuk dada tanya IMAN” . Dengan ini saya mengajak mahasiswa
mahasisiwi untuk sama sama kita berusaha bersungguh sungguh untuk menghadapi
pepriksaan. Di samping itu jangan lupa untuk kita letakkan seluruh
kebergantungan kepada Allah, moga kita mendapat yang terbaik.
“Kita minta apa yang kita MAHU, ALLAH beri apa yang
kita PERLU”
Akhir Kalam, Saya mewakili Srikandi Gerakan Muslimat Muda GAMIS Johor mengucapkan Selamat menempuh peperiksaan akhir semester.
Salam Intiham,
Nor Aziatul Akmal binti Mansor
Pengerusi SIGMA
Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia
Negeri Johor.
Gamis Ispirasi Anak Muda!
No comments:
Post a Comment