Thursday 3 May 2012

Free Education anyone? (Part 2)

Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Selawat dan salam ke atas junjungan besar, Nabi Muhammad SAW.

Gamis Johor meneruskan lagi perjuangan menerangkan pada masyarakat umum mengenai isu PENDIDKAN PERCUMA.

Persoalan yang ingin dilontarkan pihak kami pada pembaca pada post kali ini ialah, mengapa kebanyakan negara tidak mengamalkan kebajikan sistem PENDIDIKAN PERCUMA?

Perkembangan dasar liberelisme yang menjadai pegangan beberapa negara moden menghendaki kerajaan mengamalkan dasar lepas tangan yakni Laissez Faire. Bermula dalam ekonomi, kemudiannya mula menghakis kepada beberapa keperluan rakyat seperti pendidikan. Kebanyakan sistem yang mengamalkan dasar ini menggangap pendidikan tinggi bukanlah satu keperluan kepada rakyat. Justeru kerajaan tidak bertanggungjawab menyediakannya secara percuma. Lewat kurun ke-20, pendidikan tinggi ini dilihat sebagai peluang yang baik untuk sumber pendapatan negara, malah sebagai komoditi dagangan khususnya bagi golongan Neo-Liberalisme.

Bantahan terhadap Bank Dunia di Indonesia. Policy ekonomi Neoliberalisme oleh Institusi - institusi Antarabangsa sejak 1970 & 1980 telah dikritik dan ditentang dengan hebatnya, terutamanya oleh negara  - negara membangun yang telah menerima tekanan yang hebat oleh Institusi Antarabangsa seperti International Monetary Fund.



Di Malaysia, penggubalan akta-akta berkaitan pendidikan pada pertengahan dekad 1990-an salah satunya mempunyai tujuan ini. Malaysia dilihat menuruti beberapa negara seperti Australia menjadikan pendidikan tinggi ini peluang untuk menambahkan pendapatan negara melalui kutipan yuran dan seumpamanya.

Dengan maksud lain, kebanyakan negara tidak mengadakan sistem PENDIDIKAN PERCUMA kerana mereka telah memperniagakan pendidikan kepada rakyat mereka sendiri bagi pembangunan negara. 

Persoalan lain yang ingin kami lontarkan pada pembaca sekalian ialah, kemana perginya wang rakyat yang telah diperniagakan pihak kerajaan? 

Mengikut maklumat daripada Global Financial Integrity (GFI) telah menyatakan sejumlah wang berjumlah RM150 billion pada tahun 2009 dan sepanjang 2000 - 2009 RM930 billion telah 'lesap' daripada negara.

Sekarang kami ingin mengajak pembaca sekalian untuk sama - sama merenungkan slogan oleh YAB Dato' Sri Haji Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak.


"Satu Malaysia, Rakyat didahulukan, Pencapaian Diutamakan


Retorik semata - mata? 


Kalian tentukan =)

"negara tidak bankrap bila harta negara digunakan untuk kebaikan rakyat sebaliknya negara bakal muflis akibat pembaziran dan pecah amanah dalam mengurus harta rakyat"


Majlis Dakwah dan Penerangan
Inspirasi Anak Muda
 
 //Ayuh sama - sama bergerak bersama GAMIS dalam usaha membebaskan Masyarakat dari segala cerita palsu Parti Politik dalam Malaysia//
 

1 comment:

  1. Encik / Puan Admin,
    saya mencari button Follow. Boleh tolong sediakan satu? =)

    ReplyDelete