Tuesday 29 May 2012

Bersabarlah Namun teruskan.



Bismillahirrahmanirrahim..

Sifat manusia sentiasa ingin menanam tanaman hari ini dan memungut hasilnya pada keesokan hari. Walaubagaimanapun, Allah mempunyai sunnah- sunnahNya yang telah ditetapkan. Sememangnya sesetengah aktiviti, seseorang menanam hari ini, berjaya memungut hasilnya pada keesokan hari, namun pada ketika lain, seseorang menanam hari ini, tanaman tersebut tidak menghasilkan sebarang buah, kecuali setelah berlalu 15 tahun selepas itu. Sesetengah pokok hanya dapat dinikmati hasilnya pada musim2 tertentu sahaja. Jika kita berusaha sedaya upaya untuk mendapatkannya sebelum masanya, ia langsung tidak memberi sebarang faedah namun kadang- kadang sifat kita yang tergesa2 akan mengakibatkan kematian pokok tersebut. 

 




Terdapat sunnah- sunnah Illahi yang wajib kita raikan kerana Allah SWT menjadikan taklif Illahi berhubungan rapat dengan sebab- sebab zahir dan bukannya dengan perkara- perkara luar biasa yang mencarikkan adat.

Asal taklif* sebenarnya berada dalam ruang lingkup alam sebab yang zahir. Kadang- kadang Allah SWT menjadikan kita berjaya melampaui batasan sebab- sebab yang zahir dan kadang juga tidak. Kerana itu, jika kita merancang dalam rangka melaksanakan taklif Illahi yang diwajibkan ke atas kita, hendaklah kita memerhatikan sunnah- sunnah Allah Azza Wajalla. Sunnah Allah SWT inilah yang kadang-kadang menghukumkan sesetengah perkara memperolehi hasil yang agak lewat berbanding yang lain.

Kita selalu tergesa- gesa untuk mendapatkan hasil sebelum masanya. Telah terbukti oleh sejarah umat yang lampau, walaupun mereka lebih hebat iman dan taqwa mereka, namun hasilnya tidak datang secara segera,*lihat kisah nabi nuh, kisah nabi Muhammad SAW dalam menyampaikan risalah(insyaallah, kalau ada masa nak tulis juga). Persoalannya, bagaimana sepatutnya kita berdepan dengan situasi ini? Adakah kita patut berdepan dengannya dengan perasaan putus asa dan meninggalkan usaha- usaha yang bersungguh2, atau kita atasi dengan penuh kesabaran, di samping mengemaskinikan lagi amalan tersebut. Kita perlu melihat adakah terdapat kekurangan dalam amalan yang kita lakukan itu..

Firman Allah SWT:

Dan berapa banyak dari Nabi-nabi (dahulu) telah berperang dengan disertai dengan oleh ramai orang-orang yang taat kepada Allah, maka mereka tidak merasa lemah semangat akan apa yang telah menimpa mereka pada jalan (agama) Allah, dan mereka juga tidak lemah tenaga dan tidak pula mahu tunduk (kepada musuh). Dan (ingatlah), Allah sentiasa mengasihi orang-orang yang sabar.(Ali Imran: 146)

Apa yang perlu kita buat adalah kita perlu bermuhasabah, bersabar, dan meneruskan usaha dengan sebaik mungkin. Kita mesti sentiasa bertawakal di atas setiap ketentuan sebelum, semasa, dan selepas setiap amalan yang kita telah lakukan. 


*Taklif=(beban)amanah agama

Muhammad Al-abqori Bin Abdul Rahman
Majlis Tarbiyah Dan Kepimpinan Negeri 
Gamis Johor.

No comments:

Post a Comment