28 April 2012 melihat
satu gelombang kebangkitan ratusan ribu rakyat Malaysia berhimpun dalam
perhimpunan bersih yan mahu reformasi dalam system pilihan raya yang lebih adil.
Lautan manusia tanpa mengira kaum bersama-sama menuntut 8 tuntutan yang
di antaranya
- Bersihkan senarai undi (daftar pemilih)
- mereformasikan undi pos
- Gunakan dakwat kekal
- Akses media yang lebih bebas dan adil
- Tempoh berkempen minima 21 hari
- Kukuhkan institusi awam
- Hentikan rasuah
- Hentikan politik kotor
Pengerusi bersama gabungan
menuntut pilihan raya bersih dan adil (BERSIH) Datuk S ambiga dalam sartu sidang
media berkata "Dalam erti kata tersebut, ia
adalah satu kejayaan."Suasana yang hebat dan bilangan yang ada di situ ia
amat besar." "Kami merasakan bahawa ia adalah satu kejayaan
kerana terdapat sokongan yang begitu banyak untuk tujuan ini dan segala-galanya
berjalan dengan baik sehinggakan kami memberi arahan supaya bersurai dengan
cepat, pada jam 2.30 petang, kerana semasa kita sampai ke Dataran (Merdeka),
amat sukar bagi orang ramai untuk duduk," kata Ambiga. "Bagi orang
yang hadir, mereka berkelakuan baik bagi sejumlah seramai itu,"
Sementara itu tindakan FRU melepaskan
gas pemedih mata dan water canon terhadap peserta adalah perkara yang perlu
dielakkan kerana boleh mendatangkan kemudharatan kepada peserta himpunan BERSIH.
Polis juga sepatutnya bersikap adil
yakni menjaga keselamatan para peserta bersih bukannya melepaskan tindakan
membelasah mereka sesuka hati. Selepas beberapa hari bersih rakyat dapat melihat banyak bukti rakaman video yang
dikeluarkan menunjukkan tindakan kejam polis membelasah mereka yang tidak
bersalah. Memetik laporan malaysiakini.com 30 April 1.30pm menyaksikan beberapa
individu yang dibelasah tanpa alasan yang munasabah sehingga mendatangkan
kecederaan adalah bukti tindakan zalim pihak berkuasa dalam menangani
keselamatan.
Sikap media arus perdana yang berat sebelah dalam menyampaikan berita dan
maklumat kepada rakyat seolah-olah BERSIH 3.0 bencana besar kepada negara. Mereka
seolah-olah kambing hitam kerajaan hanya berfungsi mencari segala kelemahan dipihak pakatan dan
menutup segala kejahatan serta kezaliman kerajaan. Mereka lupa bahawa rakyat
sememangnya memepunyai akses media lain untuk menerima maklumat yang sahih dan
benar.
Bersih 3.0
menyaksikan kejayaan dimana gelombang rakyat rakyat bersama-sama mahukan
perubahan dalam system pilihanraya di Malaysia. Gamis mendesak Kerajaan mengkaji
semula sistem pilihan raya yang semakin hilang kewibawaan dibawah kendalian
Suruhanjaya pilihanraya (SPR). 8 tuntutan yang dibawa oleh bersih 3.0 perlu dilaksanakan kerana ianya jelas berlaku
kepincangan dalam pilihanraya hari ini. Gamis Johor mengucapkan tahniah kepada
semua yang terlibat dalam menjayakan BERSIH 3.0.
Sementara itu Suasana
di negeri Johor tidak kurang hebatnya apabila 3,000 penyokong BERSIH menyertai
himpunan duduk bantah di Dataran Bandaraya di Johor Bahru. Orang ramai
melaungkan "Rakyat Melayu Rakyat Malaysia, Rakyat Cina Rakyat Malaysia,
Rakyat India, Rakyat Malaysia". Perhimpunan ini diadakan serentak di lapan
buah negeri lain.
Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia
Negeri johor
Gamis Inspirasi anak muda!
No comments:
Post a Comment