Tuesday 27 March 2012

GAMIS JOHOR MENYOKONG IDEA DEKLARASI ANAK MUDA (INSPIRASI)

Gamis Johor menyokong penuh gagasan yang dibawa oleh Deklarasi Inspirasi Anak Muda. Inspirasi adalah suatu gagasan yang mampu membawa kepada penyatuan anak muda dalam usaha membentuk suatu komuniti yang baik terhadap pembentukan masa depan Negara .

Dalam era Pasca Modenisme, generasi muda perlu diberikan perhatian khusus kerana mereka merupakan golongan paling dominan untuk diletakkan pelbagai  harapan dan hala tuju agama, bangsa dan negara. Golongan ini merupakan  pewaris kepada kepimpinan dan kehidupan akan datang. Mereka perlu lebih tampil dalam medepani masyarakat dalam semua perkara. Justeru itu keperibadian  mereka harus dilentur sedaya mungkin agar keseimbangan rohani, intelek, emosi  dan jasmani terbena dengan suburnya.

Kemahiran-kemahiran yang menjadikan seseorang cemerlang juga akan diketengahkan. Ini termasuk aspek  kerohanian, pengurusan diri, bersosial, berorganisasi, kepimpinan,  berkomunikasi dan berdakwah. Kemahiran ini perlu dikuasai bagi memastikan ia  mempunyai persedian yang mapan untuk melayari bahtera kehidupan sebagai  warganegara  yang berwawasan.

Inspirasi tampil sebagai suatu bentuk idea dalam memacu kearah Malaysia sejahtera.  Dalam usaha membina kesatuan dalam anak muda, mendidik masyarakat dan penerapan nilai islam, 6 cadangan gagasan inspirasi diperkenalkan meliputi merangkumi

1) Rejuvinasi sistem pendidikan
2) Keadilan undang-undang
3) Ekonomi untuk Rakyat
4) jaminan kerjaya
5) integriti politik
6) Keharmonian sosial


Saya yakin dan percaya bahawa inspirasi ini mampu bertindak sebagai check and balance kepada parti politik dan menjadi third voice dalam usaha pembangunan Malaysia yang lebih gemilang. Dengan ini Gabungan Mahasiswa islam semalaysia negeri johor menyokong sepenuhnya gagasan yang dibawa oleh deklarasi Inspirasi anak muda yang dipengerusikan oleh saudara Eikhwan Ali. Kami diperingkat Gamis Johor juga menyeru kepada front mahasiswa dan anak muda lain terutama di negeri johor untuk turut bersama-sama dalam menyokong dan menyumbang idea dalam menjayakan gagasan inspirasi ini.

Mohd Zaki Haron
Pengerusi Gamis Johor
Gamis “Inspirasi anak Muda”

No comments:

Post a Comment