Tajuk: Survival Kepimpinan Melayu Islam di Malaysia
Tarikh: 7/3/2013
Masa: 9.00-11.00 malam
Moderator : Abdullah Muhaimin b. Sa’ari (Majlis Penerangan & Dakwah | GAMIS JOHOR)
Panel 1: En.Fauzi - FPPSM
Panel 2: En. Mohd Tahir - Wakil ISMA
Suasana politik di
Malaysia pada hari ini menunjukkan satu perubahan baru yangberlaku pada hari
ini memberikan kesan terhadap kuasa politik dan kedudukan orang melayu. Apa
yang kita hendak bincangkan dalam wacana ini adalah perubahan politik yang
berlaku, bagaimana dan kenapa, adakah perubahan ini sesuatu yang baik dan patut
di sokong, ataupun kita perlu lakukan sesuatu bagi mengatasi perubahan ini.
Akhirnya kita akan simpulkan tentang cadangan dan peranan orang melayu islam
dalam mengahadapi perubahan ini.
Wacana akan
dilakukan secara tiga pusingan, pusingan satu dan dua, soalan pada panel akan
diberi oleh moderator. Dalam pusingan ketiga, soalan adalah dari audience. Pada
akhirnya semua panel boleh buat kesimpulan.
Soalan 1 Panel 1
Apakah yang
dimaksudkan dengan kepimpinan melayu Islam? Adakah lebih kepada individu yang
menjadi pemimpin itu melayu Islam, ataupun dasar kepimpinan yang kita lihat
menjaga kepentingan melayu dan Islam di Malaysia ini.
Soalan 2 panel 2
Bagaimanakah
realiti kepimpinan melayu Islam di Malaysia? Ada pihak yang mengatakan kuasa
kepimpinan melayu di malaysia semakin berkurang. Adakah ini benar?
Soalan 3 panel 1
Sejak dari merdeka,
berlaku banyak perubahan dalam politik malaysia, yang mana perubahan ini
memberi kesan secara langsung dan tidak langsung kepada kepimpinan melayu
islam. Apakah peristiwa-peristiwa besar yang membawa kepada perubahan ini.
Soalan 4 panel 2
Di Malaysia
hakikatnya perubahan politik hari ini lebih memilih kepada calon yang lebih
telus dan berjiwa rakyat. Isu moral dan kebajikan rakyat lebih diberi perhatian
berbanding dengan kaum. Perubahan yang berlaku ini menunujukkan perubahan
kepada politik baru di Malaysia. Pada pandangan tuan bagaimanakah politik yang
memetingkan melayu islam dapat bertahan dalam arus perubahan ini?
Bagi menjamin
survival kepimpinan melayu pada hari ini, kita mendengar suara-suara laungan
kepada perpaduan sesama melayu. Permintaan supaya orang melayu berada dalam
satu kelompok. Pada pandangan tuan tentang saranan ini? Apakah solusi terbaik
dalam konteks sekarang?
Soalan 6 Panel 2
Antara pengundi
terbanyak adalah pengundi muda yang mana didalam mereka ada mahasiswa. Apakah
peranan mahasiswa hari ini dalam menjamin survival kepimpinan melayu islam.
Kesimpulan daripada wacana ini.
Semua ahli panel bersetuju untuk menjadikan Islam sebagai asas kepimpinan dan bukan melayu kerana dengan Islam manusia mampu berkembang lebih jauh malah sampai ke syurga.
TAHNIAH diucapkan kepada Persatuan Mahasiswa Islam UTM kerana berjaya melaksanakan Wacana Ilmu yang amat bermanfaat ini. Semoga program-program seperti ini dapat diteruskan..Insyallah..
" Tegakkan Islam dalam dirimu pasti Daulah Islam akan tertegak"
Imam Hassan Hudaibi
Abdullah Muhaimin Sa'ari
Majlis Penerangan & Dakwah
8/3/2013 - Skudai
Kesimpulan daripada wacana ini.
Semua ahli panel bersetuju untuk menjadikan Islam sebagai asas kepimpinan dan bukan melayu kerana dengan Islam manusia mampu berkembang lebih jauh malah sampai ke syurga.
TAHNIAH diucapkan kepada Persatuan Mahasiswa Islam UTM kerana berjaya melaksanakan Wacana Ilmu yang amat bermanfaat ini. Semoga program-program seperti ini dapat diteruskan..Insyallah..
" Tegakkan Islam dalam dirimu pasti Daulah Islam akan tertegak"
Imam Hassan Hudaibi
Abdullah Muhaimin Sa'ari
Majlis Penerangan & Dakwah
8/3/2013 - Skudai
No comments:
Post a Comment