Tuesday 29 May 2012


Bersabarlah Namun teruskan.



Bismillahirrahmanirrahim..

Sifat manusia sentiasa ingin menanam tanaman hari ini dan memungut hasilnya pada keesokan hari. Walaubagaimanapun, Allah mempunyai sunnah- sunnahNya yang telah ditetapkan. Sememangnya sesetengah aktiviti, seseorang menanam hari ini, berjaya memungut hasilnya pada keesokan hari, namun pada ketika lain, seseorang menanam hari ini, tanaman tersebut tidak menghasilkan sebarang buah, kecuali setelah berlalu 15 tahun selepas itu. Sesetengah pokok hanya dapat dinikmati hasilnya pada musim2 tertentu sahaja. Jika kita berusaha sedaya upaya untuk mendapatkannya sebelum masanya, ia langsung tidak memberi sebarang faedah namun kadang- kadang sifat kita yang tergesa2 akan mengakibatkan kematian pokok tersebut. 

 




Terdapat sunnah- sunnah Illahi yang wajib kita raikan kerana Allah SWT menjadikan taklif Illahi berhubungan rapat dengan sebab- sebab zahir dan bukannya dengan perkara- perkara luar biasa yang mencarikkan adat.

Asal taklif* sebenarnya berada dalam ruang lingkup alam sebab yang zahir. Kadang- kadang Allah SWT menjadikan kita berjaya melampaui batasan sebab- sebab yang zahir dan kadang juga tidak. Kerana itu, jika kita merancang dalam rangka melaksanakan taklif Illahi yang diwajibkan ke atas kita, hendaklah kita memerhatikan sunnah- sunnah Allah Azza Wajalla. Sunnah Allah SWT inilah yang kadang-kadang menghukumkan sesetengah perkara memperolehi hasil yang agak lewat berbanding yang lain.

Kita selalu tergesa- gesa untuk mendapatkan hasil sebelum masanya. Telah terbukti oleh sejarah umat yang lampau, walaupun mereka lebih hebat iman dan taqwa mereka, namun hasilnya tidak datang secara segera,*lihat kisah nabi nuh, kisah nabi Muhammad SAW dalam menyampaikan risalah(insyaallah, kalau ada masa nak tulis juga). Persoalannya, bagaimana sepatutnya kita berdepan dengan situasi ini? Adakah kita patut berdepan dengannya dengan perasaan putus asa dan meninggalkan usaha- usaha yang bersungguh2, atau kita atasi dengan penuh kesabaran, di samping mengemaskinikan lagi amalan tersebut. Kita perlu melihat adakah terdapat kekurangan dalam amalan yang kita lakukan itu..

Firman Allah SWT:

Dan berapa banyak dari Nabi-nabi (dahulu) telah berperang dengan disertai dengan oleh ramai orang-orang yang taat kepada Allah, maka mereka tidak merasa lemah semangat akan apa yang telah menimpa mereka pada jalan (agama) Allah, dan mereka juga tidak lemah tenaga dan tidak pula mahu tunduk (kepada musuh). Dan (ingatlah), Allah sentiasa mengasihi orang-orang yang sabar.(Ali Imran: 146)

Apa yang perlu kita buat adalah kita perlu bermuhasabah, bersabar, dan meneruskan usaha dengan sebaik mungkin. Kita mesti sentiasa bertawakal di atas setiap ketentuan sebelum, semasa, dan selepas setiap amalan yang kita telah lakukan. 


*Taklif=(beban)amanah agama

Muhammad Al-abqori Bin Abdul Rahman
Majlis Tarbiyah Dan Kepimpinan Negeri 
Gamis Johor.

Monday 21 May 2012

kenapa kami menolak irshad manji







Golongan Islam Liberal ini tidak menzahirkan diri mereka sebagai orang yang menolak agama, tetapi berselindung di sebalik gagasan mengkaji semula agama, mentafsir semula al-Quran, menilai semula syariat dan hukum-hukum fekah. Segala tafsiran yang dianggap lama dan kolot mengenai agama termasuk hal yang telah menjadi ijmak ulamak, termasuk tafsiran daripada Rasulullah s.a.w. dan sahabat serta ulamak mujtahid ditolak oleh mereka.

Pengaruh liberalisme yang telah terjadi dalam agama Yahudi dan Kristian mulai diikuti oleh sekumpulan sarjana dan pemikir muslim termasuklah dengan menubuhkan forum diskusi dan institusi seperti Jaringan Islam Liberal (JIL) di Indonesia dan Sister in Islam (SIS) di Malaysia.

Gerakan Islam Liberal ini sebenarnya adalah lanjutan daripada gerakan modernisme Islam yang muncul pada awal abad ke-19 di dunia Islam sebagai suatu konsekuensi interaksi dunia Islam dengan tamadun barat. Modernisme Islam tersebut dipengaruhi oleh cara berfikir barat yang berasaskan kepada rasionalisme, humanisme, sekularisme dan liberalisme.

Rancangan musuh-musuh Allah dan muslim, iaitu Zionis dan Amerika adalah untuk memecahbelahkan umat Islam dengan memberi sokongan kepada golongan Islam yang radikal dan pada belahan dunia Islam yang lain mereka menaja kelompok Islam liberal, disamping menghidupkan semula tarekat-tarekat sufi yang menyimpang, MAKA gambaran majoriti umat Islam sebenar yang mengikuti manhaj ahli sunnah wal jamaah dan menjadi umat pertengahan tidak dapat dilihat dengan jelas.

Menurut penganut dan aktivis kumpulan Islam liberal ini, agama hendaklah disesuaikan kepada realiti semasa, sekalipun terpaksa menafikan hukum-hakam dan peraturan agama yang telah sabit dengan nas-nas syarak secara qat’ie. Jika terdapat hukum yang tidak menepati zaman, kemodenan, hak-hak manusia, dan tamadun global, maka hukum itu hendaklah ditakwilkan atau sebolehnya digugurkan.

Sebenarnya, program Islam liberal ini dilancarkan oleh barat untuk memperkuatkan liberalisme politik di negara-negara umat Islam setelah gagalnya sekularisme di Timur Tengah (dunia Islam). Bagi mereka, tanpa liberalisme Islam yang kuat, maka liberalisme politik di Timur Tengah dan negara umat Islam yang lain tidak akan berhasil. Kerana itu, mereka menaja kumpulan-kumpulan dan individu-individu tertentu di negara-negara umat Islam untuk mempromosikan fahaman Islam liberal ini.

Secara ringkasnya, ada tiga bidang dalam ajaran Islam yang menjadi sasaran liberalisasi iaitu; [1] liberalisasi bidang aqidah dengan penyebaran fahaman pluralisme agama, [2] liberalisasi bidang syariah dengan melakukan perubahan metodologi ijtihad, dan [3] liberalisasi konsep wahyu dengan melakukan dekonstruksi terhadap al-Quran.

Semoga Allah selamatkan kita daripada sebarang bentuk kesesatan.

Wallahua’lam
Penulis ialah Naib Presiden GAMIS, merangkap Pengerusi INSPIRASI ANAK MUDA.


penulisan ini adalah daripada saudara Naib Presiden GAMIS. beliau memfokuskan kepada pemahaman liberalisme itu sendiri. Irshad Manji sedang berusaha bagi mempromosikan gerakan liberalisme itu sendiri.sebagai contoh, Irshad menubuhkan projek Ijtihad yang mana dia mempromosikan perkahwinan campur.[1] di sini,maksud ijtihad itu sendiri telah disalah tafsirkan olehnya. 


sila baca ini,


Tulisan Irshad Manji banyak mengelirukan dan menyeleweng dari Hukum Syarak. Malah Irshad Manji  kerapkali mempertikaikan dan menghina Islam. Irshad Manji adalah seorang pejuang seks bebas, dan pergerakannya dipromosikan oleh golongan gay dan lesbian di rata-rata laman-laman sosial dan laman web. Bahkan ada sumber yang mengatakan beliau juga disokong dan dipromosikan oleh kumpulan Lesbian, Biseksual, Gay dan Transeksual (LBGT). Irshad Manji  merupakan lesbian dan mengamalkan homoseksual secara terbuka.[2]

seorang lesbian dan menyokong seks terbuka? ini bukanlah ajaran islam yang sebenar,malahan islam yang sebenar menentang hubungan sejenis

dan yang lebih menyedihkan, bagaimana seorang yang mengaku 'reformis' islam tergamak menghina junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W? di mana 'iman' beliau?

”Sebagai seorang pedagang buta huruf, Muhammad bergantung pada para penulis untuk menulis kata-kata yang didengarnya dari Allah. Kadang-kadang Nabi sendiri mengalami penderitaan yang luar biasa untuk menguraikan apa yang ia dengar. Itulah bagaimana ayat-ayat syaitan,  ayat-ayat yang memuja berhala yang dikatakan pernah diterima oleh Muhammad dan ditulis sebagai ayat rasmi untuk al-Quran. Nabi kemudian mencoret ayat-ayat tersebut, menyalahkan tipu daya setan sebagai penyebab kesalahan catat tersebut. Walaubagaimanapun,  ahli falsafah muslim sudah berabad-abad lama mengisahkan cerita ini dan ini  telahpun memperlihatkan keraguan yang sudah lama ada pada kesempurnaan al-Quran"[3]
  
-petikan dari buku 'Beriman Tanpa Rasa Takut: Tentangan Umat Islam Saat Ini'
segala bentuk keingkaran kepada larangan ALLAH, dan juga mempergunakan islam dan syariatnya,serta memahami ia dengan tafsiran yang 'salah' sudah pasti harus DITOLAK. apatah lagi apabila ia melibatkan penyebaran fahaman yang salah.
mahasiswa perlu berfikir dan mengkaji serta memahami agama dengan sebaiknya,jika tidak,kita akan mudah dipengaruhi oleh fahaman yang tidak sihat. KAMI MENOLAK SEBARANG USAHA UNTUK MEMBAWA IRSHAD MANJI KE MALAYSIA!

//GAMIS INSPIRASI ANAK MUDA//

 RUJUKAN
[1]https://www.irshadmanji.com/About-Irshad
[2,3] http://abdullahmahdi.com/index.php?option=com_k2&view=item&id=38:irshad-manji-kenapa-perlu-dibantah?? 

RUJUKAN LAIN(BAHAN PEMBACAAN)

1) http://www.bharian.com.my/bharian/articles/JAKIM_KDNhalangpenganjuranberkaitanIrshadManji_LGBT/Article
2)http://www.ibnushukran.com/2012/05/halang-irshad-manji-datang-malaysia.html
3)http://www.xtra.ca/public/National/Irshad_Manji_on_gaystraight_alliances-10838.aspx4)https://www.irshadmanji.com/reformist-quran
5)https://www.irshadmanji.com


Thursday 3 May 2012

Free Education anyone? (Part 2)

Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Selawat dan salam ke atas junjungan besar, Nabi Muhammad SAW.

Gamis Johor meneruskan lagi perjuangan menerangkan pada masyarakat umum mengenai isu PENDIDKAN PERCUMA.

Persoalan yang ingin dilontarkan pihak kami pada pembaca pada post kali ini ialah, mengapa kebanyakan negara tidak mengamalkan kebajikan sistem PENDIDIKAN PERCUMA?

Perkembangan dasar liberelisme yang menjadai pegangan beberapa negara moden menghendaki kerajaan mengamalkan dasar lepas tangan yakni Laissez Faire. Bermula dalam ekonomi, kemudiannya mula menghakis kepada beberapa keperluan rakyat seperti pendidikan. Kebanyakan sistem yang mengamalkan dasar ini menggangap pendidikan tinggi bukanlah satu keperluan kepada rakyat. Justeru kerajaan tidak bertanggungjawab menyediakannya secara percuma. Lewat kurun ke-20, pendidikan tinggi ini dilihat sebagai peluang yang baik untuk sumber pendapatan negara, malah sebagai komoditi dagangan khususnya bagi golongan Neo-Liberalisme.

Bantahan terhadap Bank Dunia di Indonesia. Policy ekonomi Neoliberalisme oleh Institusi - institusi Antarabangsa sejak 1970 & 1980 telah dikritik dan ditentang dengan hebatnya, terutamanya oleh negara  - negara membangun yang telah menerima tekanan yang hebat oleh Institusi Antarabangsa seperti International Monetary Fund.



Di Malaysia, penggubalan akta-akta berkaitan pendidikan pada pertengahan dekad 1990-an salah satunya mempunyai tujuan ini. Malaysia dilihat menuruti beberapa negara seperti Australia menjadikan pendidikan tinggi ini peluang untuk menambahkan pendapatan negara melalui kutipan yuran dan seumpamanya.

Dengan maksud lain, kebanyakan negara tidak mengadakan sistem PENDIDIKAN PERCUMA kerana mereka telah memperniagakan pendidikan kepada rakyat mereka sendiri bagi pembangunan negara. 

Persoalan lain yang ingin kami lontarkan pada pembaca sekalian ialah, kemana perginya wang rakyat yang telah diperniagakan pihak kerajaan? 

Mengikut maklumat daripada Global Financial Integrity (GFI) telah menyatakan sejumlah wang berjumlah RM150 billion pada tahun 2009 dan sepanjang 2000 - 2009 RM930 billion telah 'lesap' daripada negara.

Sekarang kami ingin mengajak pembaca sekalian untuk sama - sama merenungkan slogan oleh YAB Dato' Sri Haji Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak.


"Satu Malaysia, Rakyat didahulukan, Pencapaian Diutamakan


Retorik semata - mata? 


Kalian tentukan =)

"negara tidak bankrap bila harta negara digunakan untuk kebaikan rakyat sebaliknya negara bakal muflis akibat pembaziran dan pecah amanah dalam mengurus harta rakyat"


Majlis Dakwah dan Penerangan
Inspirasi Anak Muda
 
 //Ayuh sama - sama bergerak bersama GAMIS dalam usaha membebaskan Masyarakat dari segala cerita palsu Parti Politik dalam Malaysia//
 

Wednesday 2 May 2012

GAMIS JOHOR MENYELAR BERITA SEKS TATAPAN UMUM



Media arus perdana hangat membicarakan isu seks pemimpin pembangkang iaitu Azmin Ali. Tindakan media menumpukan isu seks ini adalah keterlaluan. Budaya songsang yang dibawa oleh media arus perdana TV1, TV3 dan akhbar utusan serta kosmo dan lain-lain sangat menjijikkan. Ini kerana peranan media sepatutnya memberi input-input dan maklumat yang membina pemikiran positif kepada generasi muda. Tindakan mereka bukan sahaja mengaibkan maruah seseorang bahkan membina suatu pemikiran lucah dikalangan  masyarakat.

Persoalannya kenapa isu-isu sebegini diangkat serta dihidangkan kepada masyarakat umum. Dimanakah unsur-unsur didikan yang dihidang dalam isu sebegini. Adakah ianya hanya bermotifkan politik.. Jika sedemikian terlalu jijik permainan politik dikalangan mereka terutama pihak kerajaan serta blogger seperti papagomo. Sepatutnya media perlu lebih berhati-hati tidak tertipu terhadap setiap maklumat atau isu yang dibangkitkan. Oleh itu media hendaklah mengunakan kemudahan saluran yang sedia ada dengan bijaksana.

Media seharusnya menerangkan perkara-perkara yang berlaku disekeliling masyarakat. bukannya menerangkan berita palsu serta belum sahih keteranganya. Allah SWT berfirman

Wahai orang-orang beriman! Jika seorang fasik datang membawa satu berita, maka telitilah kebenarannya agar kamu tidak mencelakan suatu kaum kerana kebodohan yang akhirnya kamu menyesali perbuatan itu. al-hujarat: 6

Harus diingat apabila perkara sedemikian dihidangkan untuk tatapan umum, masyarakat sebenarnya boleh menilai kerana kesedaran serta keintelektualan mereka semakin meningkat. Kesedaran politik mereka semakin tinggi. Masyarakat bukan untuk diperbodohkan dengan isu-isu sebegini. Apabila isu seks ini disiarkan untuk tatapan umum sebenarnya kredit untuk Pakatan Rakyat. Kredibiliti kerajaan pimpinan Barisan Nasional semakin lama semakin merosot dengan permainan politik sedemikian. Masyarakat sudah lali dengan permainan politik tersebut. Bermula dengan isu liwat Dato’ seri Anwar Ibrahim dan isu seks yang membabitkan beliau dan kini trend yang sama cuba diimplimentasikan kepada timbalan presiden  PKR Azmin Ali. Rakyat sudah mula memahami method politik kotor yang dimainkan oleh sesetengah pihak.

Gamis johor mengutuk sekeras-kerasnya penyebaran gambar serta berita tersebut kerana perkara itu belum sahih, belum terbukti si pelaku melakukan perkara sedemikian. hanya dengan beberapa kepingan gambar yang jelas kaburnya belum cukup untuk dijadikan bukti kukuh.

Wahai orang-orang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan sesungguhnya sebahagian dari prasangka itu dosa, dan janganlah kamu mencari kesalahan orang lain dan janganlah ada dikalangan kamu yang mengunjing sebahagian yang lain. Apakah ada diantara kamu yang suka memakan danging saudaranya yang sudah mati? Tentulah kamu merasa jijik. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Penerima tobat, Maha Penyayang.. Alhujarat :21

Penerangan Gamis Johor
Gamis Inspirasi anak Muda!

Free Education Anyone?

Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Selawat dan salam ke atas junjungan besar, Nabi Muhammad SAW.






Sejak kebelakangan ini, kami melihat terdapat banyak kekeliruan dalam masyarakat Kampus khususnya dan juga masyarakt luar umumnya mengenai ISU PENDIDIKAN PERCUMA yang digembar - gemburkan pihak PAKATAN RAKYAT (PR). Tidak dinafikan juga, cerita - cerita DONGENG  dan FANTASI yang disebarkan pihak Kerajaan Perseketuan yakni UMNO dan BARISAN NASIONAL (BN).


Oleh itu, atas dasar keadilan & kebenaran, Kami GAMIS JOHOR ingin membantu menjelaskan ISU PENDIDIKAN PERCUMA ini kepada Rakyat Johor khususnya dan rakyat Malaysia umumnya.


Perkara pertama yang perlu dijelaskan pada akal pemikiran kita ialah, apakah itu yang dikatakan sebagai PENDIDIKAN PERCUMA?


Maksud PENDIDIKAN PERCUMA dalam konteks sebuah negara yang berkebajikan ialah perkhidmatan percuma yang diberikan daripada peringkat rendah ke peringkat tinggi termasuk ijazah lanjutan. Bagaimanapun penyediaan perkhidmatan pendidikan percuma ini selalunya tidak termasuk sara hidup dan lain-lain keperluan hidup seseorang pelajar. Pelajar atau mahasiswa bertanggungjawab sendiri untuk menyara kehidupannya sama ada melalui pembiayaan sendiri, keluarga, penajaan atau pinjaman. Inilah polisi yang selalu diamalkan dalam sebuah negara yang berorientasikan kebajikan. 


Buat makluman rakan - rakan sekalian, pendidikan percuma ini bukanlah sesuatu perkara yang baru diamalkan, tetapi sudah diamlkan sejak bermulanya kepimpinan Islam lagi. Sebagai contoh, ialah semasa kepimpinan     pemerintahan Bani Abbasiyah di Baghdad, pendidikan percuma telah diberikan sehingga menjadikan kota Baghdad sebagai pusat tumpuan para penuntut ilmu dari seluruh dunia. Selain itu pada zaman pemerintahan Islam di Andalus, telah memberikan pendidikan percuma sehingga ramai penuntut ilmu dari Eropah berhijrah ke sana.


Sebagai renungan bersama, ayuh kita mengamati bersama sabdaan Rasulullah



“Seorang imam (pemimpin) itu adalah penggembala (pemelihara) dan dia bertanggungjawab di atas pemeliharaannya...” 

[HR Ahmad, Syaikhan, Tirmidzi, Abu Daud dari Ibnu Umar]. 


Selain itu ayuh kita memahami ayat di bawah ini


"Ilmu dianggap sebagai sesuatu yang wajib dan termasuk keperluan serta hak asas setiap individu"




Berdasarkan kepada hadith di atas, jelas menunjukkan tanggungjawab pemeliharaan atau penjagaan terletak di atas bahu seseorang pemimpin itu, dan tangunggungjawab menyediakan PENDIDIKAN PERCUMA adalah salah satu tanggungjawab seseorang pemimpin itu. Pemimpin sepatutnya menjaga rakyatnya dan bukan membebankan rakyatnya dengan hutang - hutang dalam menunaikan kefardhuan mereka dalam menuntut ilmu. Setiap pimpinan itu seharusnya berusaha dengan sebaiknya meningkatkan perolehan pendapatan negara bagi mencapai mutu perkhidmatan terbaik untuk rakyat dibawah pemerintahan mereka. 


        Selepas peperangan badar, Rasullullah SAW telah mengarahkan tawanan Perang Badar untuk mengajar membaca dan menulis sepuluh anak kaum Muslimin sebagai syarat penebusan mereka. Dengan tindakan ini, yakni membebaskan para tawanan dengan cara menyuruh mereka mengajar anak-anak kaum Muslimin, bererti Rasulullah telah menjadikan biaya pendidikan setara dengan barang tebusan. Maksudnya, Rasulullah (seperti) telah memberi upah kepada para pengajar itu dengan harta benda yang seharusnya menjadi milik Baitul Mal. Ini merupakan salah satu strategi Rasulullah SAW dalam menyediakan khidmat pada rakyat di bawah pemerintahan nabi.


      Akhir kalam pada penulisan kali ini ialah harus kita ingat bahawa 




"negara tidak bankrap bila harta negara digunakan untuk kebaikan rakyat sebaliknya negara bakal muflis akibat pembaziran dan pecah amanah dalam mengurus harta rakyat"


    Mohd Zaki Bin Haron
    Pengerusi GAMIS Johor
    Inspirasi Anak Muda


   //Ayuh sama - sama bergerak bersama GAMIS dalam usaha membebaskan Masyarakat dari segala cerita palsu Parti Politik dalam Malaysia//