Golongan
Islam Liberal ini tidak menzahirkan diri mereka sebagai orang yang
menolak agama, tetapi berselindung di sebalik gagasan mengkaji semula
agama, mentafsir semula al-Quran, menilai semula syariat dan hukum-hukum
fekah. Segala tafsiran yang dianggap lama dan kolot mengenai agama
termasuk hal yang telah menjadi ijmak ulamak, termasuk tafsiran daripada
Rasulullah s.a.w. dan sahabat serta ulamak mujtahid ditolak oleh
mereka.
Pengaruh liberalisme yang telah terjadi dalam agama
Yahudi dan Kristian mulai diikuti oleh sekumpulan sarjana dan pemikir
muslim termasuklah dengan menubuhkan forum diskusi dan institusi seperti
Jaringan Islam Liberal (JIL) di Indonesia dan Sister in Islam (SIS) di
Malaysia.
Gerakan Islam Liberal ini sebenarnya adalah lanjutan
daripada gerakan modernisme Islam yang muncul pada awal abad ke-19 di
dunia Islam sebagai suatu konsekuensi interaksi dunia Islam dengan
tamadun barat. Modernisme Islam tersebut dipengaruhi oleh cara berfikir
barat yang berasaskan kepada rasionalisme, humanisme, sekularisme dan
liberalisme.
Rancangan musuh-musuh Allah dan muslim, iaitu Zionis
dan Amerika adalah untuk memecahbelahkan umat Islam dengan memberi
sokongan kepada golongan Islam yang radikal dan pada belahan dunia Islam
yang lain mereka menaja kelompok Islam liberal, disamping menghidupkan
semula tarekat-tarekat sufi yang menyimpang, MAKA gambaran majoriti umat
Islam sebenar yang mengikuti manhaj ahli sunnah wal jamaah dan menjadi
umat pertengahan tidak dapat dilihat dengan jelas.
Menurut
penganut dan aktivis kumpulan Islam liberal ini, agama hendaklah
disesuaikan kepada realiti semasa, sekalipun terpaksa menafikan
hukum-hakam dan peraturan agama yang telah sabit dengan nas-nas syarak
secara qat’ie. Jika terdapat hukum yang tidak menepati zaman, kemodenan,
hak-hak manusia, dan tamadun global, maka hukum itu hendaklah
ditakwilkan atau sebolehnya digugurkan.
Sebenarnya, program Islam
liberal ini dilancarkan oleh barat untuk memperkuatkan liberalisme
politik di negara-negara umat Islam setelah gagalnya sekularisme di
Timur Tengah (dunia Islam). Bagi mereka, tanpa liberalisme Islam yang
kuat, maka liberalisme politik di Timur Tengah dan negara umat Islam
yang lain tidak akan berhasil. Kerana itu, mereka menaja
kumpulan-kumpulan dan individu-individu tertentu di negara-negara umat
Islam untuk mempromosikan fahaman Islam liberal ini.
Secara
ringkasnya, ada tiga bidang dalam ajaran Islam yang menjadi sasaran
liberalisasi iaitu; [1] liberalisasi bidang aqidah dengan penyebaran
fahaman pluralisme agama, [2] liberalisasi bidang syariah dengan
melakukan perubahan metodologi ijtihad, dan [3] liberalisasi konsep
wahyu dengan melakukan dekonstruksi terhadap al-Quran.
Semoga Allah selamatkan kita daripada sebarang bentuk kesesatan.
Wallahua’lam
Penulis ialah Naib Presiden GAMIS, merangkap Pengerusi INSPIRASI ANAK MUDA.
penulisan ini adalah daripada saudara Naib Presiden GAMIS. beliau memfokuskan kepada pemahaman liberalisme itu sendiri. Irshad Manji sedang berusaha bagi mempromosikan gerakan liberalisme itu sendiri.sebagai contoh, Irshad menubuhkan projek Ijtihad yang mana dia mempromosikan perkahwinan campur.[1] di sini,maksud ijtihad itu sendiri telah disalah tafsirkan olehnya.
sila baca ini,
Tulisan Irshad Manji banyak mengelirukan dan menyeleweng dari Hukum
Syarak. Malah Irshad Manji kerapkali mempertikaikan dan menghina Islam.
Irshad Manji adalah seorang pejuang seks bebas, dan pergerakannya
dipromosikan oleh golongan gay dan lesbian di rata-rata laman-laman
sosial dan laman web. Bahkan ada sumber yang mengatakan beliau juga
disokong dan dipromosikan oleh kumpulan Lesbian, Biseksual, Gay dan
Transeksual (LBGT). Irshad Manji merupakan lesbian dan mengamalkan
homoseksual secara terbuka.[2]
seorang lesbian dan menyokong seks terbuka?
ini bukanlah ajaran islam yang sebenar,malahan islam yang sebenar menentang hubungan sejenis
dan yang lebih menyedihkan, bagaimana seorang yang mengaku 'reformis' islam tergamak menghina junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W? di mana 'iman' beliau?
”Sebagai seorang pedagang buta
huruf, Muhammad bergantung pada para penulis untuk menulis kata-kata
yang didengarnya dari Allah. Kadang-kadang Nabi sendiri mengalami
penderitaan yang luar biasa untuk menguraikan apa yang ia dengar. Itulah
bagaimana ayat-ayat syaitan, ayat-ayat yang memuja berhala yang
dikatakan pernah diterima oleh Muhammad dan ditulis sebagai ayat rasmi
untuk al-Quran. Nabi kemudian mencoret ayat-ayat tersebut, menyalahkan
tipu daya setan sebagai penyebab kesalahan catat tersebut.
Walaubagaimanapun, ahli falsafah muslim sudah berabad-abad lama
mengisahkan cerita ini dan ini telahpun memperlihatkan keraguan yang
sudah lama ada pada kesempurnaan al-Quran"[3]
-petikan dari buku 'Beriman Tanpa Rasa Takut: Tentangan Umat Islam Saat Ini'
segala bentuk keingkaran kepada larangan ALLAH, dan juga mempergunakan islam dan syariatnya,serta memahami ia dengan tafsiran yang 'salah' sudah pasti harus DITOLAK. apatah lagi apabila ia melibatkan penyebaran fahaman yang salah.
mahasiswa perlu berfikir dan mengkaji serta memahami agama dengan sebaiknya,jika tidak,kita akan mudah dipengaruhi oleh fahaman yang tidak sihat. KAMI MENOLAK SEBARANG USAHA UNTUK MEMBAWA IRSHAD MANJI KE MALAYSIA!
//GAMIS INSPIRASI ANAK MUDA//
RUJUKAN
[1]https://www.irshadmanji.com/About-Irshad
[2,3] http://abdullahmahdi.com/index.php?option=com_k2&view=item&id=38:irshad-manji-kenapa-perlu-dibantah??
RUJUKAN LAIN(BAHAN PEMBACAAN)
1) http://www.bharian.com.my/bharian/articles/JAKIM_KDNhalangpenganjuranberkaitanIrshadManji_LGBT/Article
2)http://www.ibnushukran.com/2012/05/halang-irshad-manji-datang-malaysia.html
3)http://www.xtra.ca/public/National/Irshad_Manji_on_gaystraight_alliances-10838.aspx4)https://www.irshadmanji.com/reformist-quran
5)https://www.irshadmanji.com