Thursday 8 March 2012

Ciri Umat Yang Mendokong Negara Islam


Kedatangan islam yang diturunkan kepada Rasulnya merupakan satu rahmat yang tidak terhingga kepada manusia. Ajaran islam bukan hanya berpaksikan kepada ajaran akidah semata-mata akan tetapi terpancar dari nya segala tindak tanduk yang berkaitan dengan syiar ibadah kepada Allah. Islam juga memerintahkan supaya penganutnya kepada akhlak yang baik. Ia bukan sahaja ibadah akan tetapi disertakan dengan syariat yang bijaksana lagi adil dalam mengatur, mentadbir dan menghukum kegiatan hidup manusia.
Al Quran menegaskan peranan manusia kepada tiga perkara penting.
Ibadat
“Dan aku tidak ciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdikan diri kepada Aku, aku tidak menghendaki sedikitpun rezeki dari mereka dan Aku tidak menghendaki mereka memberi kau makan, sesungguhnya Allah, Dialah tuhan yang Maha Pemberi rezeki , yang memepunyai kekuatan lagi kukuh”. Az-zariyat:56-58

Dalam soal amanah Allah nukilkan dalam al-Quran
“sesungguhnya kami telah mengemukakan amanah kepada langit, bumi, bukit bukau dan gunung ganang maka semuanya enggan memikulnya dan mereka khuatir akan mengkhianatinya dan memikullah amanah itu oleh manusia, sesungguhnya manusia itu amat zalim dan amat jahil. Sehingga Allah mengazabkan orang-orang munafik lelaki dan perempuan dan orang-orang musyrikin lelaki dan perempuan, sehingga allah menerima taubat orang-orang yang beriman lelaki dan perempuan dan allah maha pengampun dan maha penyayang”. Surah ahzab:72-73.

Ada pun dalam tugasan manusia yang ketiga adalah khalifah yang mana Allah firmankan yang bermaksud
Dan dialah yang menciptakan kamu khalifah-khalifah(penguasa-penguasa) dibumi dan dia meninggikan sebahagian kamu dari sebahagian yang lain beberapa darjat dan menguji kamu tentang apa yang diberikan kepada kamu. Sesungguhnya tuhan kamu amat cepat siksaannya dan sesungguhnya  Dia maha pengampun lagi maha penyayang”. Al-An’am: 165

Negara islam tidak ditegakkan denga percuma akan tetapi ditegakkan bermula dengan pembentukan masyarakat atau individu islam yang tulen. Individu tersebut adalah dikalangan yang beriman, beramal, berdakwah dan berjihad. Mereka bukan sahaja memahami makna kezaliman akan tetapi mereka merasakan betapa peri peritnya sebuah kezaliman yang dipancarkan terhadap mereka. Dari situlah mereka memahami betapa pentingnya penegakkan hukum Allah di atas muka bumi ini demi untuk keadilan yang sejagat.

Sebagaimana yang berlaku ketika mana para tentera salib apabila mereka menjajah sesebuah perkampungan islam, mereka bukan sahaja merosak dan membakar rumah dan tempat tinggal akan tetapi wanita dijadikan pemuasan hawa nafsu mereka, wanita diperkosa, kanak dijadikan barang mainan tikaman mata pedang dilambung ke bumi serta orang tua disepak terjang seperti menendang bola kearah gol lawan. Darah umat islam terus mengalir tersimbah ditanah air sendiri. Akan tetapi apabila islam datang dengan kemenangan, perkara sebaliknya berlaku, keadilan terus tertegak apabila tentera Salahuddin  Ayubi memasuki kota baitul maqdis tiada seorang pun penduduk pada waktu itu  dianiaya oleh tentera Salahuddin. Kemuliaan dan keadilan terpancar dalam diri setiap tentera islam. Setelah hampir 80 tahun islam kembali membawa keamanan dan kestabilan politik di baituil maqdis.panji islam terus tertegak dengan naungan pemerintahan islam.

Umat islam bukan sahaja mempelajari ilmu akidah secara teori semata-mata akan tetapi mereka turut merasai akidah itu ke dalam diri melalui amalan perjuangan penuh dengan ujian dan cabaran. Bagi melahirkan golongan yang sedemikian bukan seperti mengutip batu di tepi jalanan atau mencari dipasar malam sahaja.

Sekiranya kamu serukan kepadanya satu keuntungan yang mudah diperoleh dan perjalanan yang tidak jauh pasti mereka mengikutmu tetapi tempat yang ditujukan itu amat jauh dan dipenuhi dengan kepayahan. At-Taubah 42

Allah mengingatkan orang beriman

Hai orang-orang beriman! Kamu hendaklah menjadi menjadi orang yang selalu menegakkan kebenaran kerana Allah menjadi saksi dengan adilnya dan janganlah sekali kali kebencianmu terhadap suatu kaum mendorong kamu untuk tidak berlaku adil. Berlakulah adil kerana adil itu hampir kepada taqwa, dan bertqwalah kepada Allah sesungguhnya Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan. Al-Maidah ayat 8

Kerana itu umat yang mendokong Negara islam pada hari ini mereka mestilah mempunyai sifat apa yang Allah nyatakan dalam Al-quran

“Kamu adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan untuk manusia yang menyuruh kepada perbuatan baik dan mencegah dari perbuatan yang jahat dan berimanlah kepada Allah”. surah al-Imran ayat 110

Jelas disini bahawa umat yang mendokong sebuah negara islam perlu mempunyai sifat dan ciri-ciri tersebut
Mereka melaksanakan amar makruf nahi mungkar. Mereka bertanggungjawab seperti yang ayat diatas perlu ada dalam diri setiap yang bergelar rakyat. Mereka menyuruh berbuat kebaikan dan mencegah kemungkaran. Amatlah tidak wajar mereka yang menyuruh bernuat kebaikan dan kebenaran tetapi mereka itu tidak bersifat sedemikian. Mereka melarang berkuat kemungkaran, tetapi kemungkaran bercengkam utuh dikalangan mereka. Mereka tidak mencegah kemungkaran, kejahatan dan kemaksiatan dikalangan mereka. Mereka perlu menjadi contoh. “Tegakkan Negara islam dalam diri kamu nescahaya ianya akan tertegak ditanah airmu”.

Selain itu rakyat yang mengaku islam perlu beriman kepada Allah. Keimanan yang dibina diatas tauhid kepada Allah terkandung semua bentuk keimanan kepada Allah. Mereka menolak apa yang bercanggah dengannya, yakin dengan penyelesaian kepada semua masalah kepadaNya. Meraka menolak ideologi atau ajaran selain daripada islam. Beriman bukan sahaja mengaku dengan rukun iman akan tetapi merangkumi segala bentuk perhubungan dengannya. Bermula dengan ibadat kepada Allah sehingga menegakkan syiar Allah, menegakkan negara islam serta kembali kepada kepimpinan islam.

Islam menentang kekerasan dan penyalahgunaan kuasa serta mengawal hubungan antara  pemerintah dan rakyat. Islam mengawal bukan dari peraturan ciptaan manusia akan tetapi keimanan yang sebati dalam diri pemerintah dan rakyat. Islam tidak membawa kepada konsep perkauman seperti yang berlaku sekarang melaga-laga antara satu bangsa dengan bangsa yang lain, kelompok dengan kelompok yang lain. Fitnah bagaikan berleluasa berusaha menutupi segala kebaikan orang lain. Akan tetapi risalah sejagat ini mesti dilaksanakan untuk seluruh umat manusia tanpa mengira warna kulit dan sebagainya. Prinsip negara islam sama sekali tidak boleh dibawa oleh orang yang bersifat perkauman kerana mereka membawa kepada kepentingan diri sendiri, keluarga bangsa sdan kaumnya sendiri. Fahaman perkauman yang jahiliah ini mesti ditentang secara habis-habisan.

Terlaksananya hukum islam bermula dari pemerintah yang mengamalkan prinsip dan menjadikan al-quran dan as-sunnah sebagai rujukan mereka. Iman Al-Ghazali menyebut dalam kitabnya agama itu adalah asas, pemerintah itu adalah pengawalnya,perkara yang tiada asas akan runtuh dan yang tidak ada pengawal akan menjadi sia-sia. Kerana itu tidak sepatutnya soal pemerintah ini diambil ringan oleh umat islam. Disebut dalam hadis yang sohih pemerintah yang adil berda sangat mulia disis Allah, dan mereka yang zalim berda ditempat yang sangat hina.


Majlis Dakwah dan Penerangan GAMIS Johor
GAMIS Inspirisi Anak Muda

No comments:

Post a Comment